awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monolog Jual Ubat terus jelajah Indonesia

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
24/05/2015
07:30 MYT
Monolog Jual Ubat terus jelajah Indonesia
Monolog Jual Ubat terus jelajah Indonesia. -Gambar Astro AWANI
Usai pementasan teater Kena Main di Panggung Sari, Istana Budaya awal April lalu, seniman Khalid Salleh tidak terus diam, sebaliknya aktivis seni ini meneruskan kerja-kerja teaternya dengan persembahan Monolog Jual Ubat.
Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Wak Khalid dengan kerjasama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) membawa Monolog Jual Ubatnya ke Makassar, Indonesia beberapa hari yang lalu.
Monolog Jual Ubat dijemput menyertai Festival Kampung Budaya dan Seni 2015 di Port Rotterdam, Makassar.
bunting festival
bunting festival
Festival Kampung Budaya dan Seni, yang turut disertai Monolog Jual Ubat, merupakan acara tahunan di Makassar yang memuatkan banyak acara seni.
Sejak lebih setahun lalu, Wak Khalid sering membawa teater Monolog Jual Ubat mengelilingi Indonesia selain turut dipersembahkan di dalam negara.
Monolog Jual Ubat sarat dengan kritikan sosial hasil pengamatan Wak Khalid selaku seniman yang terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya.
Biarpun sederhana, Monolog Jual Ubat selalunya mampu mengubati 'jiwa' mereka yang hadir menonton persembahan tersebut.
Sekurang-kurangnya penonton akan terfikir atau membuka minda mereka untuk melihat apa yang berlaku di sekeliling daripada perspektif berbeza.
penonton
penonton
Lebih seribu orang hadir menonton persembahan Monolog Jual Ubat di Festival Kampung Budaya dan Seni di Port Rotterdam, Makassar minggu lepas.
Pengalaman menjual ubat di kaki lima Jalan Masjid India dan Benteng, Kuala Lumpur banyak membantu Wak Khalid memahami gelagat manusia.
Kerana itu karya beliau sebenarnya sangat dekat dekat masyarakat, terutamanya orang Melayu, dan ada ketikanya sangat sinis terhadap bangsanya.
Topic Berkaitan
#Khalid Salleh
#Makassar
#Monolog Jual Ubat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan