MONSTA X, Wonho tidak dapat beraksi pada konsert jelajah dunia di Malaysia

Siti Hajar Jamaludin
Jun 22, 2019 09:59 MYT
Wonho telah kembali ke Korea untuk membuat pasport kecemasan dan cuba menaiki penerbangan terawal ke Malaysia supaya dia dapat beraksi di konsert itu tetapi gagal. - Foto instagram wwonho
AHLI kumpulan K-pop terkenal MONSTA X, Wonho tidak dapat beraksi di konsert 'MONSTA X World Tour 2019 We Are Here' di Malaysia kerana tidak menjumpai pasport miliknya setibanya di lapangan terbang Malaysia.
Pengumuman itu dibuat oleh syarikat penyiaran kumpulan MONSTA X, Starship Entertainment melalui satu kenyataan yang dituju khas buat Monbebe (fandom MONSTA X) di laman Twitter rasmi mereka.
Starship Entertainment mengatakan setibanya kumpulan itu di Malaysia pada Jumaat, Wonho mendapati pasportnya tiada dan dia tidak tahu di mana ia berada apabila dicari.
"Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kepada semua peminat (Monbebe) kerana salah seorang ahli kumpulan MONSTA X, Wonho tidak akan dapat beraksi pada konsert 'MONSTA X World Tour 2019 We Are Here' di Kuala Lumpur hari ini," katanya.
Wonho kemudiannya telah kembali ke Korea untuk membuat pasport kecemasan dan cuba menaiki penerbangan terawal ke Malaysia supaya dia dapat beraksi di konsert itu.
Namun, ia sangat sukar untuk Wonho tiba di Malaysia sebelum konsert itu berlangsung pada jam 6 petang ini.
Bagaimanapun, agensi tersebut dan Wonho bersetuju bahawa walaupun dia tidak akan dapat menyertai konsert itu, Wonho akan tetap kembali ke Malaysia demi para peminatnya.
Agensi tersebut memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada semua peminat yang menunggu tarikh ketibaan konsert ini dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang.
Konsert 'MONSTA X World Tour 2019 We Are Here' bakal berlangsung di pentas Stadium Malawati, Shah Alam pada hari ini, Sabtu, bermula jam 6 petang.

[#MONSTA_X] 2019 MONSTA X WORLD TOUR WE ARE HERE in KUALA LUMPUR . pic.twitter.com/SPYHLWUuKB

— _MONSTA X (@OfficialMonstaX) June 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

pic.twitter.com/61wbteHbNd

— H.one (@yukenseemi) June 22, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#jelajah dunia #K-pop #konsert #Korea Selatan #lapangan terbang #Malaysia #Monbebe #MONSTA X #pasport hilang #pasport kecemasan #persembahan #Starship Entertainment #Wonho