Motosikal kesayangan Shuib kini jadi motosikal "Mat Bunga"

Raja Hisyam Raja Zaid
Jun 18, 2019 04:19 MYT
Berubah wajah pelawak terkenal Shuib Sepahtu apabila motosikalnya Yamaha Y15ZR-nya dimekap oleh isteri tercinta Siti Sarah. -Instagram
BERUBAH wajah pelawak terkenal Shuib Sepahtu apabila motosikalnya Yamaha Y15ZR-nya dimekap oleh isteri tercinta Siti Sarah Raissuddin.
Mungkin panggilan moto “Mat Bunga” agak sesuai dengan imej baharu motosikal si Shuib tu.
Ini kerana tindakan Siti Sarah yang menghiaskan motosikal tersebut dengan manik dan bunga mengundang ketawa siapa sahaja yang melihatnya.
Bagaimanapun tindakan Siti Sarah itu mungkin hanyalah gurauan biasanya terhadap si suami dan tidaklah serius.
Namun ia tetap menjadi bahan komen dan ketawa netizen lebih-lebih lagi ia dimuat naik dalam Instagram mereka.
#gurauan #Instagram #manik dan bunga #Mat Bunga #Shuib Sepahtu #Siti Sarah Raissuddin #Yamaha Y15ZR