[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
ENTERTAINMENT

Mr Grey semakin pulih

Nursyazwani Saiful Sham 30/04/2018 | 11:21 MYT
Terdahulu, Fendy dilaporkan terpaksa pulang ke Perlis untuk berubat selepas terkena penyakit misteri sehingga menyebabkan dia dalam keadaan lemah dan sukar untuk bercakap. - Gambar fail
PELAKON Fendy Bakry yang kini sedang hangat dengan gelaran Mr Grey semakin pulih selepas dilaporkan terkena penyakit misteri.
Menurut syarikat pengurusannya, pemilik Prokuya Studios, Fadzil Zahari, pelakon drama bersiri Mr Grey itu telah menunjukkan perkembangan positif berbanding sebelum ini.
“Apa yang boleh saya katakan pada waktu ini, Fendy sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan semakin beransur pulih.
“Fendy kini ada selera makan dan sudah boleh berbual bersama ahli keluarga dan rakan terdekat,” kata Fadzil ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, menurut Fadzil, pihaknya dan keluarga enggan mendedahkan penyakit yang dialami Fendy sehingga dapat disahkan.
"Selepas semuanya dapat dipastikan dan disahkan, pihak kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi," ujarnya.
Terdahulu, Fendy dilaporkan terpaksa pulang ke Perlis untuk berubat selepas terkena penyakit misteri sehingga menyebabkan dia dalam keadaan lemah dan sukar untuk bercakap.
Pada pertengahan Mac lalu, Fendy telah mendapat rawatan di Hospital Melaka sebelum mendapat dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.
Ketika itu, ditanya berkenaan penyakitnya, Fendy hanya memohon peminat untuk mendoakan kesihatannya.
BACA: Fendy Bakry jatuh sakit tiba-tiba
#Fendy Bakry #Hospital Melaka #Mr Grey #Perlis #positif #sakit misteri