awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mr Os bawa diri ke Johor, Perak selepas khabar kematian tersebar

Gempak
Gempak
07/04/2015
13:51 MYT
Mr Os bawa diri ke Johor, Perak selepas khabar kematian tersebar
Mr Os kini menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur selepas melakukan pembedahan tonsil di Hospital Selayang pada Mac lalu.
Pelawak yang dikenali ramai dengan panggilan Mr Os menjelaskan dia telah membawa diri ke Johor dan Perak untuk meredakan perasaan selepas penyebaran gambar dan berita palsu kononnya dia telah meninggal dunia baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, menurut Mr Os, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 64, dia menerima berita palsu tersebut dari sudut positif dan sedia memaafkan individu yang menyebarkan berita kematiannya.
“Selepas saya buat kenyataan menafikan berita kematian saya kepada pihak media, saya terpaksa lari ke negeri Johor dan Perak untuk meredakan keadaan. Namun begitu, saya terima berita kematian saya dari sudut yang positif.
“Kalau waktu itu saya terima berita tersebut dari sudut negatif pasti akan buat saya bertambah down (sedih). Tetapi saya telahpun memaafkan individu yang tidak sengaja menyebarkan berita tersebut kepada umum,” jelas Mr Os kepada Astro Gempak sewaktu majlis pelancaran program Projek Komedi Warna.
Jelas Mr Os lagi, akibat penyebaran berita tersebut dia menerima ratusan panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang mahukan pengesahan.
“Saya terima ratusan panggilan telefon yang terkejut dengan berita kematian tersebut. Ada juga radio tempatan yang membuat panggilan secara langsung minta saya sendiri beritahu pendengar yang saya masih hidup.
“Malah ada peminat yang kini berada di United Kingdom menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp mohon balas semula mesej yang dihantar kerana tidak berpuas hati dengan berita kematian saya. Ini yang saya katakan menyusahkan ramai pihak,” luahnya.
Mengulas lanjut mengenai kesihatannya, Mr Os kini menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur selepas melakukan pembedahan tonsil di Hospital Selayang pada Mac lalu.
Topic Berkaitan
#bawa diri
#meninggal dunia
#Mohd Yusof Abdul Hamid
#Mr Os
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan