MTV EMA 2020: Syabas ARMY! BTS menang anugerah 'Biggest Fans'

Isabelle Leong
November 9, 2020 08:40 MYT
Anugerah MTV EMA 2020 yang berlangsung pada Ahad (waktu tempatan) menyaksikan BTS menang besar dan merangkul empat anugerah. - Reuters
POPULARITI kumpulan K-Pop terkemuka BTS memang tidak boleh dinafikan lagi.
Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020) yang berlangsung pada Ahad sekali lagi membuktikan bahawa populariti BTS melangkaui penyanyi-penyanyi Barat apabila peminat setia mereka, ARMY, menjadi faktor kemenangan mereka dalam kategori ‘Biggest Fans’ atau Peminat Terbesar.
Selain anugerah tersebut, mereka juga mendominasi tiga kategori lain termasuk anugerah utama Lagu Terbaik menerusi lagu hit terbaharu mereka ‘Dynamite’.
Bukan itu sahaja!
Septet berkenaan juga merangkul anugerah Kumpulan Terbaik dan anugerah Live Virtual Terbaik (Bang Bang Concert: The Live).

#MTVEMA 2020 BEST SONG - Dynamite BEST GROUP - BTS BIGGEST FANS BEST VIRTUAL LIVE - BANG BANG CON: THE LIVE #BTS # @BTS_twt pic.twitter.com/iz0cfFxEIP

— (@Kim_ByTaehyung_) November 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi satu muat naik di laman Instagram MTV EMA, penyanyi vokalis Jungkook berkata kemenangan tersebut amat bermakna buat mereka dan mereka benar-benar ingin berkongsikan lagu Dynamite bersama-sama ARMY, terutamanya pada masa yang sukar ini.
Sementara itu, penyanyi rap, J-Hope pula berkata mereka ingin mendendangkan lagu popular tersebut kepada semua peminat mereka.
Sebelum ini, BTS pernah dinobatkan sebagai Kumpulan Terbak dan Peminat Terbesar pada acara yang sama pada 2018.
Pada 2019 pula, mereka memenangi anugerah Kumpulan Terbaik, Peminat Terbesar dan Live Terbaik.
Ini sekali gus bermakna BTS telah memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Peminat Terbesar di acara MTV EMA buat tiga tahun berturut-turut.
MTV EMA pada tahun ini menampilkan kelaianan berbanding tahun-tahun sebelum ini memandangkan pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia.
Oleh itu, acara tersebut yang dihoskan oleh kumpulan terkenal Britain Little Mix diadakan secara maya.
MTV juga mengumumkan bahawa acara tersebut akan diadakan di Hungary pada tahun hadapan.
#BTS #K-pop #Biggest Fans #MTV EMA 2020 #ARMY #Bang Bang Concert The Live #Dynamite #hiburan