awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muat turun kandungan Astro GO untuk ditonton secara offline

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2020
05:35 MYT
Muat turun kandungan Astro GO untuk ditonton secara offline
Tidak ada had jumlah kandungan yang boleh dimuat turun dan pelanggan boleh mengulang muat turun rancangan yang sama sebanyak mana mereka mahu.
KUALA LUMPUR:Pelanggan Astro kini boleh memuat turun program kegemaran mereka di aplikasi Astro GO untuk ditonton biarpun tanpa talian internet.
Kemas kini perisian untuk fungsi muat turun baharu akan dilancarkan dalam beberapa peringkat kepada pengguna.
Lebih 85% kandungan di aplikasi berkenaan boleh dimuat turun dan dinikmati pengguna Astro GO secara offline.
Pelanggan akan dapat memuat turun kandungan tempatan dan antarabangsayang popular seperti siri TV popular seperti Sweet Dreams, The Masked Singer, Suspicious Partner, Running Man, Ejen Ali S1 and S2, The Arrow, The Amazing Race S32 , Jalan Sesat ke Syurga, Kisah Sembilan Ekor, Bigg Boss S4, serta filem-filem yang ditayangkan di Astro Best dan Astro First pada peranti mudah alih atau tablet mereka.
Untuk memuat turun, cari sahaja kandungannya dan kemudian klik pada butang "Muat turun".
Pengguna boleh memilih kualiti muat turun (Paling tinggi, Standard dan Rendah) bagi semua kandungan.
Tiada had diletakkan terhadap jumlah kandungan yang boleh dimuat turun dan pelanggan boleh memilih untuk memuat turun rancangan yang sama sebanyak yang dimahukan.
Semua filem yang dimuat turun akan disimpan dalam peranti selama dua hari manakala setiap episod siri TV akan disimpan selama tujuh hari.
Kandungan luput akan dihapus secara automatik dari aplikasi, membolehkan penstoran lebih banyak kandungan dalam peranti pengguna.
Fungsi muat turun ini boleh didapati menerusi iOS, Android dan Huawei.
Topic Berkaitan
#Astro GO
#Astro
#Android
#iOS
#Huawei
#Internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan