awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muka saya garang, tapi dalam hati ada taman - Awie

Gempak
Gempak
16/11/2017
02:52 MYT
Muka saya garang, tapi dalam hati ada taman - Awie
Awie mengakui ramai artis muda takut untuk menegurnya kerana dia mempunyai raut wajah yang garang.
VOKALIS kumpulan Wings, Awie mengakui ramai artis muda takut untuk menegurnya kerana dia mempunyai raut wajah yang garang.
Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman, 49, berkata dia tidak memandang perkara itu sebagai masalah sebaliknya bersikap terbuka untuk mula menegur mereka dahulu.
"Ramai juga yang memberitahu bahawa mereka takut untuk menegur saya kerana raut wajah saya nampak garang dan tegas.
"Namun apabila sudah berbual dan kenal baru mereka tahu bahawa saya merupakan seorang yang kelakar serta tidak seperti yang mereka jangkakan.
"Jadi disebabkan itu saya mengambil langkah untuk mula menegur mereka dahulu kerana saya faham mungkin ada yang malu dan takut nak tegur.
"Jangan risau untuk menegur saya kerana muka sahaja nampak garang tetapi dalam hati ini sebenarnya ada taman," katanya kepada Astro Gempak.
Awie berkata demikian ketika ditemui pada sesi penggambaran Hantu Kak Limah, di Taiping, baru-baru ini.
Selepas tujuh tahun, kesinambungan Hantu Kak Limah akan kembali menemui penonton pada tahun depan hasil usaha sama Infinitus Productions dengan Astro Shaw.
Turut berlakon dalam filem ini ialah Zul Ariffin, Uqasha Senrose, dan Erra Fazira.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#Ahmad Azhar Othman
#artis muda
#Astro Shaw
#Awie
#Erra Fazira
#Hantu Kak Limah
#Uqasha Senrose
#wajah garang
#Wings
#Zul Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan