'Mungkin dia mengandung!' - Reaksi peminat tatkala Fazura tidak sihat

Gempak
November 12, 2018 10:00 MYT
Di ruangan kapsyen, Fattah memberitahu isterinya itu tidak sihat dan kenyataan itu telah mengundang perhatian netizen. - Foto IG Fattah Amin
PELAKON popular, Fattah Amin berkongsi sekeping gambar bersama isterinya, aktres jelita Fazura.
Foto itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Di ruangan kapsyen, Fattah memberitahu isterinya itu tidak sihat dan kenyataan itu telah mengundang perhatian netizen.
"She's not feeling well, kesian my sayang," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fattah mengusik mengatakan Fazura mungkin telah hamil.
"Mungkin dia mengandung.
"Mungkin Fazura akan jadi ibu kepada seorang anak yang comel.
"Mengandung kot," tulis netizen.
#anak #Fattah Amin #Fazura #Instagram #karier #keluarga #pelakon #penyanyi #selebriti