ENTERTAINMENT

Muzium khas abadikan kehidupan Yasmin Ahmad dibuka di Ipoh

Muzaffar Mustapa 15/11/2014 | 06:45 MYT
Bergelar Yasmin At Kong Heng, muzium itu dibina di atas tapak milik Old Block Sdn Bhd yang mendedikasikan ruang satu tingkat untuk pameran.
Muzium khas bagi meraikan kehidupan pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dirasmikan hari ini.
Bergelar Yasmin At Kong Heng, muzium itu dibina di atas tapak milik Old Block Sdn Bhd yang mendedikasikan ruang satu tingkat untuk pameran.
Pelakon Sharifah Amani yang mendapat jolokan anak emas dalam filem-filem Yasmin diberikan keistimewaan untuk merasmikan pelancaran muzium tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Amani, pembinaan muzium ini seakan meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Yasmin.
"Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh menjadi begitu bermakna kerana muzium ini terletak di bandaraya yang sering menjadi pilihan untuk penggambaran setiap filem Mak.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Melalui Masjid Negeri Ipoh, lokasi penggambaran filem Muallaf mengimbau kenangan yang pernah kita lalui bersama. Masih terdengar gelak, tawa Mak.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Hotel yang menjadi pilihan penginapan Majestic Station Hotel di Stesen Keretapi Ipoh juga telah ditutup. Semacam satu closure buat kami.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, bagi Ng Sek San, pemilik dan arkitek bangunan itu berkata, pelbagai perancangan turut dirangka sebagai pelan jangka panjang muzium ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini hanyalah permulaan, muzium ini pasti akan diperhebatkan lagi dengan pelbagai pameran termasuk augmented reality yang akan menjadikan pengalaman lebih berbeza apabila berkunjung ke sini."
Turut hadir ke acara tersebut ialah keluarga Yasmin antaranya ibu bapa Pak Atan dan Mak Inom serta adik Orked Ahmad.
Orked sewaktu diwawancara merasakan kehadiran Yasmin di muzium tersebut.
"Inilah perkara kecil yang termampu kami lakukan untuk Kak Min. Dengan bantuan kawan-kawan dan dermawan, muzium ini terbina.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pelbagai foto yang ada di sini merupakan sumbangan dari orang-perseorangan yang pernah membuat pameran tentang Yasmin di Hong Kong. Kami masih mengharapkan sumbangan orang ramai untuk mempergiatkan lagi muzium ini. InsyaAllah."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Muzium Yasmin At Kong Heng terletak di Old Block Apartments, Jalan Sultan Yussuf, Ipoh.
#Ipoh #Kong Heng #muzium #Yasmin Ahmad