awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Nabi pun orang fitnah" - Mak Wan Latah kongsi rasa selepas kembali menjanda

Gempak
Gempak
23/04/2022
05:03 MYT
"Nabi pun orang fitnah" - Mak Wan Latah kongsi rasa selepas kembali menjanda
Perkahwinan antara Mak Wan dan bekas suami, Husain Dolah sampai ke penghujung apabila Husain melafazkan cerai terhadap dirinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. - Gempak
PELAKON veteran, Mak Wan mengakui berada dalam fasa gembira buat masa ini, sungguhpun pelbagai cakap-cakap nakal dalam kalangan netizen bertebaran apabila dia bercerai hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.
“Saya sekarang happy, macam lapan tahun dahulu. I’m back to normal. Sekarang ni saya sedang menunggu tawaran kerja.
“Rutin bekerja pun sama seperti sebelum-sebelum ini, tetapi lebih fokus pada seni, dunia dan akhirat,” katanya kepada Gempak.
Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka hatinya kepada orang lain setakat ini.
“Tak kut… janji tidak, tapi Allah punya kuasa… Buat masa ini, taklah kut. Takut pisang berbuah empat kali.
“Tapi saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, diberikan tenaga untuk bekerja sendiri. Daripada saya mengharapkan orang, baik saya hidup atas kaki sendiri,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mak Wan turut memberi komen mengenai ulasan-ulasan yang dibuat oleh netizen mengenai dirinya di alam maya.
“Buat masa ni, dalam bulan puasa tak nak jawab apa-apa. Tak nak aibkan siapa-siapa.
"Nabi Muhammad yang baik pun orang fitnah, apatah kita manusia biasa. Saya diam, biar Allah yang tentukan segalanya. Saya reda, sebab bulan puasa kita nak cari pahala,” tuturnya.
Terdahulu, perkahwinan antara Mak Wan dan bekas suami, Husain Dolah sampai ke penghujung apabila Husain melafazkan cerai terhadap dirinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tertentu.
Untuk rekod, mereka telah disatukan pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI GEMPAK
Topic Berkaitan
#Mak Wan
#menjanda
#pelakon veteran
#Halimaton Saadiah Mohd Daud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan