Nabil Ahmad, keluarga negatif COVID-19

Asyraf Roslan
Oktober 7, 2020 09:07 MYT
Nabil memaklumkan bahawa dia dan keluarga bebas daripada COVID-19 selepas menjalani swab test pada Selasa. - Gambar Instagram
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad mengesahkan dia dan keluarganya negatif daripada virus COVID-19.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengacara yang popular dengan program Gegar Vaganza melalui laman Instagram miliknya.
"Saya nak memaklumkan bahawa kami sekeluarga bebas daripada virus COVID-19," katanya dalam hantaran itu.
BACA : Nabil Ahmad jalani kuarantin kendiri
Nabil sebelum ini mengambil keputusan melakukan swab test kerana pernah mempunyai sejarah kunjungan di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya yang dimaklumkan terkesan dengan kes COVID-19.
Nabil Ahmad dan pasangannya, Jihan Muse akan mengendalikan program Gegar Vaganza yang akan mula bersiaran pada 11 Oktober ini.
Gegar Vaganza terbitan Astro akan bersiaran secara langsung di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta melalui saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
#Nabil Ahmad #negatif COVID19 #Nabil Gegar Vaganza #Gegar Vaganza #Jihan Muse