HIBURAN
Naim Daniel fail permohonan bantahan perbicaraan secara pautan video
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kes dakwaan amang seksual penyanyi Naim Daniel terhadap seorang remaja pada 15,16 dan 17 Disember. - Gempak
MAHKAMAH Majistret Putrajaya hari ini menetapkan tarikh perbicaraan kes dakwaan amang seksual penyanyi Naim Daniel terhadap seorang remaja bawah umur melibatkan selama tiga hari pada 15,16 dan 17 Disember depan.
Ringkasan AI
Menurut peguam yang mewakili Naim, Amirul Ridzuan Hanif, Mohd. Irwan Sumadi dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, pihaknya juga akan memfailkan bantahan perbicaraan secara pautan video yang dimohon oleh pihak plaintif.
“Hari ini, pihak pendakwaan telah membuat beberapa permohonan dan salah satunya memohon supaya mangsa dibicarakan secara pautan video.
“Namun, pihak pembelaan kami pula membuat permohonan secara rasmi untuk berhujah untuk membantah permohonan daripada pihak pendakwaan.
“Bantahan tersebut kami failkan adalah disebabkan mangsa bukan lagi berumur bawah 18 tahun. Jadi, mangsa perlu dibicarakan secara normal,” jelasnya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen dan Majistret, Putrajaya pada pagi Jumaat.
Tambahnya lagi, hasil bantahan tersebut adalah bergantung kepada keputusan pihak hakim pada 17 Oktober depan.
“Hakim boleh benarkan bantahan atau boleh tolak. Paling utama ketika ini, kami akan mula membuat persiapan perbicaraan kes Naim,” ujarnya.
Pengurusan kes hari ini berlangsung di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.
Terdahulu, Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, pada 17 Jun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.
Mengikut pertuduhan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Purnama itu didakwa telah melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel bagi tujuan seksual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit hotel di Petaling Jaya, Selangor pukul 8.56 malam pada 19 Mei lalu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin manakala Naim Daniel diwakili peguam Mohd. Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.
Mahkamah kemudian membenarkan Naim Daniel diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.
Sebelum ini, selebriti itu ditahan pada 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangannya. -- Gempak
Ringkasan AI
- Perbicaraan kes Naim Daniel ditetapkan 15-17 Disember di Mahkamah Majistret Putrajaya atas dakwaan amang seksual terhadap remaja bawah umur.
- Pihak pembelaan bantah permohonan perbicaraan mangsa secara pautan video, keputusan bantahan akan ditentukan pada 17 Oktober.
- Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, berdepan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.