awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Nak pindah ke Kelantanlah” - Netizen teruja tengok Khairul Aming belanja pekerja

Gempak
Gempak
26/03/2025
00:00 MYT
“Nak pindah ke Kelantanlah” - Netizen teruja tengok Khairul Aming belanja pekerja
Ramai juga yang memuji sikap pemurah Khairul Aming yang tidak pernah lupa untuk berkongsi rezeki dengan pekerjanya, membuatkan perniagaannya terus maju dan diberkati.
PEMPENGARUH dan usahawan berjaya, Khairul Aming sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia memuat naik video sedang berbelanja untuk semua pekerja kilangnya di Kelantan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pempengaruh itu dilihat membawa semua pekerjanya seramai 100 orang pergi membeli belah untuk persiapan hari raya.
“Semalam kita tutup kilang untuk meraikan staff KA di bulan puasa ini. Kita bawa semua staff shopping baju raya, shopping barang dapur untuk preparation raya dengan family, bagi duit raya and also buka puasa kat hotel.
“Syukur dan happy dapat teruskan tradisi ni tahun demi tahun,” tulisnya di kapsyen TikTok.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah jumlah duit raya yang diberikan kepada pekerjanya.
Oleh itu, rata-rata netizen terus meninggalkan komen lucu bertanya sama ada kilang milik pempengaruh itu mempunyai jawatan kosong.
Selain itu, ramai yang memuji sikap pemurah Khairul Aming yang tidak pernah lupa untuk berkongsi rezeki dengan pekerjanya, membuatkan perniagaannya terus maju dan diberkati.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Ada kerja kosong tak? Jadi cleaner pun jadilah.”
“Nak pindah Kelantan kerja dengan KA. Bye semua.”
“Reward untuk pelajar cemerlang ada tak.”
“Lagi banyak kita bersedekah, lagi banyak rezeki Allah akan bagi, Teruskan support produk KA.”
“Tahniah anak melayu, saya tumpang bangga,” komen netizen. - Gempak
Topic Berkaitan
#Khairul Aming
#Khairul Aming belanja pekerja
#resepi memasak Khairul Aming
#sambal Nyet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan