"Nape dengar macam cakap Hindustan je" - Peminat menyampah Nazim Othman cakap Korea

Astro Awani
Januari 15, 2018 01:52 MYT
Nazim Othman jadi mangsa terbahau dikecam peminat kerana bertutur dalam bahasa Korea dalam sebutan yang tidak tepat. -Gambar Instagram@nazimothman
PANTANG ada benda negatif mengenai dunia hiburan Korea, pasti ada dalam kalangan peminatnya yang lantang bersuara.
Selepas Sharifah Sakinah, kini giliran pelakon Nazim Othman dan Eyka Farhana pula menerima kecaman.
Bukan kerana menghina artis K-pop, tetapi kerana bercakap dalam bahasa Korea yang dikatakan lebih kepada bunyi Hindustan.
Trending di Twitter apabila satu klip video yang dimuatnaik pengguna twitter ida@okestern memaparkan pelakon Nazim Othman dan Eyka Farhana berbual dalam bahasa Korea dalam sebuah babak lakonan.

if I had to see it , so do YALL pic.twitter.com/b39yxgRUJI

— da(@okestern) January 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa netizen mempertikaikan sebutan kedua-dua pelakon itu yang tidak tepat.
Tidak kurang juga yang mempersoalkan kenapa sampai Bahasa Korea pun nak dibawa dalam drama Melayu. Ke mana perginya identiti drama tempatan?
#drama Korea #Eyka Farhana #kecam #Korea #Nazim Othman #Twitter