KUALA LUMPUR:Spekulasi mengenai hubungan pasangan terkenal, Neelofa dan PU Riz kini menjadi perbualan di media sosial.
Netizen mula berkongsi pelbagai pandangan berhubung dakwaan kononnya ikatan pertunangan antara kedua-dua mereka sedang melalui ujian.
Pelbagai versi mengenai status hubungan selebriti dan usahawan termasyhur itu dengan PU Riz juga sampai ke pendengaran Astro AWANI.
Menurut beberapa sumber yang dihubungi, dakwaan yang mengatakan pertunangan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dengan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, sudah berakhir amat sukar untuk disahkan buat masa sekarang.
Ini kerana, kata sumber itu, belum ada sebarang kenyataan yang keluar dari mulut keluarga Neelofa berhubung isu tersebut.
Namun begitu, sumber memaklumkan, berdasarkan perbualan antara ahli keluarga Neelofa memberi bayangan bahawa hubungan Neelofa dan PU Riz ‘sudah berakhir’.
“Bayangan yang diberikan sepertinya ‘tiada jodoh’ antara Neelofa dan PU Riz,” kata sumber itu kepada Astro AWANI.
Seorang lagi sumber yang dekat dengan Neelofa pula berkata, kemelut yang dilalui Neelofa dan PU Riz ketika ini agak rumit untuk dijelaskan kepada peminat-peminat mereka.
"Ini adalah dugaan mereka dalam melalui alam pertunangan. Doakan yang baik-baik buat mereka," kata sumber itu lagi.
Berdasarkan tinjauan Astro AWANI di akaun Instagram ahli keluarga Neelofa khususnya ibu artis berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, foto-foto ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lalu juga dipadam.
Bahkan, Noor Kartini juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram PU Riz.
Apa yang mencetus perdebatan dalam kalangan netizen ialah, perkongsian Instagram Stories (IG Story) adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan juga bagaikan memberi bayangan bahawa ada ‘sesuatu yang tidak kena’.
Bahkan, foto-foto semasa majlis merisik juga sudah tidak lagi kelihatan di laman Instagram mereka.
Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada pengurusan Neelofa mengenai dakwaan tersebut, namun, belum mendapat sebarang maklum balas.
PU Rizz juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan daripadanya.
Pada 1 November lalu, Astro AWANI melaporkan bekas pengacara program MeleTOP itu menerima kunjungan keluarga PU Riz bagi menyempurnakan acara merisik.
Dalam majlis itu, Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.
Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.
Astro Awani
Sat Dec 26 2020
Sehingga kini baik Neelofa mahupun PU Riz mengunci mulut mengenai status hubungan mereka yang sedang diperkatakan oleh netizen. - Gambar fail
Program Madani Rakyat: Pemuda gigih hasilkan mural 'perpaduan' dalam tempoh tiga hari
Lukisan mural hasil tangan seorang artis grafiti Abdul Qoyyum Mohd disiapkan dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
“Saya bukanlah ustazah yang layak bercakap tetapi..” - Neelofa
Neelofa langsung tidak melatah dengan kecaman yang diterimanya malah mengakui kekurangan diri ketika berkongsi pandangannya dengan seorang pemanggil semasa segmen tersebut.
'Terima kasih lahirkan anak-anak kita' - PU Riz titip ucapan sempena ulang tahun ke-35 Neelofa
Bersempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 semalam, PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu.
Izin suami dengan siapa saya berkawan wajib diberi keutamaan - Fazura
Fazura kongsi rakaman video sebenar sewaktu wawancara di majlis pelancaran produk terbaharunya untuk dinilai sendiri peminat.
Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Alasan Neelofa mahu akses CCTV sekolah Bilal
Bukan sebab banyak duit Neelofa mahu akses CCTV sekolah anak, sebaliknya, hanya mahu pastikan keselamatan Bilal.
"Tiada dalam keturunan kami yang pergi tempat judi" - Noor Kartini
Ibu Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan anaknya berjudi di luar negara kerana ia sudah keterlaluan.
Neelofa belanja sipi-sipi wajah anak kedua, netizen teruja, 'comel macam Muhammad Bilal'
Neelofa menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto anak lelaki keduanya itu.
"Perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas" - Neelofa umum nama anak kedua
Seperti yang dijanjikan, pelakon Noor Neelofa akhirnya mengumumkan nama anak keduanya.
Neelofa selamat lahirkan anak kedua
Pengacara dan usahawan popular, Neelofa selamat melahirkan putera keduanya, Selasa lalu.