USAHAWAN popular, Neelofa, memberitahu yang dia kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata yang pertama.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata, dia berasa agak gementar bagi melewati proses kelahiran anak pertamanya itu kelak.

InsyaAllah, kami akan sama-sama kongsikan tentang kelahiran ini nanti. Memang dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari.

"Sejujurnya, saya tak nafikan memang ada rasa gementar. Tetapi, saya rasa Haris lagi gementar. Dari segi persiapan pula, saya banyak baca buku dan banyak bertanya kerana keluarga kami berdua pun agak besar. Ramai antara ahli keluarga yang memberi nasihat.

“Nama pun ... Alhamdulillah ... sudah ada dan dari segi barangan keperluan juga sudah disiapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar diberikan rezeki untuk bersalin secara normal.

BACA: Status kehamilan Neelofa akhirnya terjawab

"InsyaAllah kalau diberikan rezeki, saya memang nak bersalin normal. Namun, bagi yang bersalin normal, mereka tidak tahu bila masanya akan tiba. Haris perlu menemani saya nanti, sebab ada suami yang takut,” katanya yang turut memohon orang ramai mendoakan kelancaran proses kelahiran anaknya.

“Kepada yang mengenali saya sejak 12 tahun lepas dalam industri, terima kasih banyak atas setiap sokongan dan kepercayaan, dari semua segi, tak kiralah perniagaan atau kerjaya.

“Terima kasih juga yang mendoakan kami dan kelahiran anak saya. Minta semua doakan kelahiran anak saya dipermudahkan,” katanya lagi.

Neelofa dan suami, PU Riz mendirkan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

Artikel asal ini diterbitkan di platform Astro GEMPAK