Neelofa tercalon dalam anugerah Influencer Awards 2019 Monaco

Astro Awani
Jun 23, 2019 08:41 MYT
Neelofa jadikan kehadiran ke acara itu suatu kesempatan berharga untuk mendekati individu berpengaruh antarabangsa selain meninjau peluang kembangkan bisnes. - Foto: Team Neelofa
Pengacara dan pengusaha bisnes hijab, Neelofa, bakal 'terbang' ke Monaco kerana selebriti itu tercalon dalam kategori 'Entrepreneur' sempena anugerah berprestij nertaraf antarabangsa, Influencer Awards 2019.
Bakal berlangsung pada 5 dan 6 Oktober nanti, Neelofa mengakui tidak sangka dirinya tercalon dalam acara anugerah yang dipengerusikan oleh keluarga diraja Monaco.
“Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.
“Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dan mengembangkan rangkaian saya,” kata Neelofa.
Menurut Neelofa, aspek pengangkutan dan penginapan juga disediakan oleh pihak penganjur dan oleh itu dia tidak mahu melepaskan peluang ini.
“Insya-Allah, saya akan terbang ke sana kerana segala pengangkutan dan penginapan telah disediakan. Peluang ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang,” katanya lagi.
Influencer Awards 2019 Monaco merupakan anugerah yang berprestij. Ini merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu.
Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.
Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist, Influencer).

So stoked to be nominated at the Influencer Awards 2019 Monaco! Cant believe this but Alhamdulillah, so grateful for this opportunity! Cant wait for the event and cant wait to share it with you guys!

— Neelofa (@Neelofa) June 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#anugerah #calon #Influencer Awards #Monaco #Neelofa