Media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah berikutan pemergian pelakon veteran, Christopher Lee sehingga hashtag #ChristopherLee antara isu paling trending di Twitter.

Legenda skrin terkenal bagi peranan penjahat dalam produksi filem-filem Hammer Horror, Lord of the Rings dan Star Wars, Christopherdilapor meninggal dunia pada usia 93 di Hospital Chelsea dan Westminster selepas mengalami masalah pernafasan dan kegagalan jantung pada 7 Jun 2015.

Memetik laporan The Guardian, isterinya yang juga merupakan bekas model Denmark, Birgit Kroencke, bertindak untuk menyembunyikan berita itu untuk beberapa jam daripada pihak media sehingga semua ahli keluarga dan rakan-rakannya dimaklumkan.

Pasangan itu dikatakan telah berkahwin selama lebih dari 50 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Christina.

Dalam perkembangan sama, para pelakon Hollywood, ahli muzik, dan peminat turut memberi penghormatan terakhir bagi pelakon tersebut di media sosial.



.









Sementara itu, Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron turut melahirkan ucapan takziah kepada keluarga Christopher melalui akaun Twitternya.


Dilahirkan di Belgravia, London, pada tahun 1922 kepada bapa tentera dan ibu bangsawan, kerjaya filem Christopher bermula pada tahun 1947 dan antara filem yang pernah dilakoni oleh pelakon veteran itu ialah James Bond: The Man with the Golden Gun, The Lord of the Rings, Star Wars: The Clone Wars, dan The Hobbit.