Netizen kagum aksi Che Puan Khaleeda timbang bola

Gempak
Disember 8, 2016 08:00 MYT
Netizen beri perhatian positif kepada aksi Che Puan Khaleeda menimbang bola sepak di Padang Seri Gelam.
Isteri Tengku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda telah menjadi perhatian netizen apabila aksi beliau menimbang bola sepak di Padang Seri Gelam, Johor Bahru menerima reaksi positif.
Ia susulan gambar beliau menimbang bola itu telah di muat naik di laman Instagram rasmi Official Johor baru-baru ini.
Dalam pada itu, terdapat juga komen netizen yang memberikan cadangan agar JDT tubuhkan pasukan bola sepak wanita di bawah naungan Che Puan Khaleeda sendiri.
Malah cadangan daripada salah seorang netizen yang dikenali sebagai catafiq_9496 itu telah menerima persetujuan oleh netizen lain agar dipertimbangkan.
Apa-apa pun, Che Puan Khaleeda seorang isteri dan ibu yang sangat positif dan sentiasa menjadi tulang belakang kepada TMJ dalam banyak perkara terutama perkembangan bola sepak JDT.
UNTUK LEBIH BANYAK LAGI BERITA HIBURAN, KLIK DI SINI
#bola sepak #Che Puan Khaleeda #JDT