Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”

Gempak
April 25, 2024 15:57 MYT
Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, Aliff Aziz dikatakan tidak mempunyai lesen untuk memandu kereta. - Gambar Gempak
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, Aliff Aziz dikatakan tidak mempunyai lesen untuk memandu kereta.
Justeru, netizen mengorek kembali hantaran lama yang dibuat oleh Ruhainies di platform X sekitar lima tahun lalu mengenai pengalamannya makan bersuap dalam kereta jenis Ferrari.
Im hungry but taknak makan kat kedai sebab i selekeh. Last2 dia order nasik kandaq bawak pinggan masuk kereta and suap i makan hahahahaha ??? omg he can be so funny sometimes. How can i not love this guy.. ??? pic.twitter.com/LQ8bVSqKkW
— ruhainies (@NurRuhainies) September 2, 2019
Pada hantaran sama, netizen mempersoalkan bagaimana Ruhainies ‘downgrade’ dirinya daripada berteman dengan individu memandu Ferrari kepada individu yang tidak mempunya lesen memandu.
Sejak nama Ruhainies dipetik terlibat dengan kes khalwat bersama Aliff Aziz, banyak kisah lampau pelakon itu diungkit kembali oleh netizen.
Sebelum ini, netizen membongkar hantaran yang dibuat oleh Ruhainies di platform X menggunakan ‘N Word’. - Gempak
#Ferrari #kes khalwat #lesen memandu