awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Netizen marah anak lelaki Krisdayanti pilih ibu tiri

Gempak
Gempak
08/06/2024
09:30 MYT
Netizen marah anak lelaki Krisdayanti pilih ibu tiri
Azriel menyifatkan Ashanty sebagai orang yang paling berharga dalam hidupnya. - Foto Gempak
ANAK lelaki hasil perkahwinan Krisdayanti dengan Anang Hermansyah, Azriel menerima kritikan daripada netizen selepas membuat pengakuan dirinya lebih memilih ibu tiri iaitu Ashanty berbanding ibu kandungnya.
Azriel menyifatkan Ashanty yang berkahwin dengan bapanya selepas Krisdayanti didakwa curang dan meninggalkan dia serta adiknya, Aurel bersama Anang, sebagai wanita yang lebih rapat dan ibu yang menjadi sumber semangat buat dirinya.
Si bujang berusia 23 tahun tersebut juga menyifatkan Ashanty sebagai orang yang paling berharga dalam hidupnya.
Kenyataan tersebut telah menuai kritikan netizen yang berasa Azriel seperti tidak memikirkan perasaan Krisdayanti sebagai wanita dan ibu yang telah melahirkannya ke dunia.
Menerusi temu bual di YouTube Denny Sumargo, Azriel menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan tidak bermaksud dirinya membenci atau tidak menghargai Krisdayanti.
Dimarah, dikritik!
Hubungannya dengan penyanyi menghitung hari itu menjadi semakin baik dan akrab sejak kehadiran dua anak adiknya, Aurel dan mereka tidak bermasam muka.
“Ya bagaimana ya. Saya memang tinggal sama Bunda (Ashanty) tapi dimarah, dikritik.
“Hubungan saya dengan Mimi (Krisdayanti) lancar dan semakin hangat sejak kehadiran Ameena dan Azura.
“Cuma hubungan saya dengan Bunda memang sukar untuk dibicarakan. Semua saya kongsi dengan dia tidak ada yang ditutup.
“Ya, Bunda memang tidak melahirkan saya tapi pengorbanan hidup yang dilakukannya buat saya sangat luar biasa,” ujar Azriel seperti dilaporkan Insertlive.com.
*Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#anak lelaki Krisdayanti
#Anang Hermansyah
#ibu tiri
#Ashanty
#Azriel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan