[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Netizen tegur Agnes Monica pakai skirt jarang berkalimah Arab

Nizam Bakeri 13/01/2016 | 04:21 MYT
Majlis Ulama Indonesia menegaskan kalimah tersebut hanya kalimah Arab biasa dan bukannya ayat Al-Quran, maka tiada penghinaan berlaku - Foto Bintang.com
Persembahan Agnes Monica di Konser Raya 21 Indosiar Isnin lalu mengundang kontroversi dalam kalangan netizen Indonesia apabila penyanyi itu tampil dengan skirt jarang berkalimah Arab.
Agnes antara beberapa bintang ternama Indonesia lain yang tampil dalam konsert yang meraikan ulang tahun ke-21 stesen televisyen berkenaan.
Penyanyi itu menyanyikan single antarabangsanya Boy Magnet di pentas dengan memakai busana hitam yang jarang dengan perkataan Arab pada bahagian bawah skirt.
Para netizen mula tertanya-tanya tentang maksud perkataan berkenaan dan ada yang mula menegur tindakan berkenaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Penaja busana Agnes pada konsert tersebut, KTZ, memberi penjelasan bahawa perkataan tersebut merupakan 'muttahidah' iaitu perkataan Arab bagi bersatu dan tidak ada kaitan dengam mana-mana ayat Al-Quran.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) ketika dihubungi telah menjelaskan bahawa kalimah tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam.
"Tidak ada unsur penghinaan. Kalau ada ayat Al-Quran, baru saya tidak setuju," ujar Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI Pusat, Cholil Nafiz ketika dihubungi detikHOT.
#Agnes Monica #Indosiar #Kini Trending