awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ni yang saya rindu, jadi orang biasa' - Tumpahnya air mata Siti Nurhaliza di Mekah!

Gempak
Gempak
27/04/2022
04:26 MYT
'Ni yang saya rindu, jadi orang biasa' - Tumpahnya air mata Siti Nurhaliza di Mekah!
Menurut Siti, sudah lama dia tidak merasa kehidupan seperti orang biasa, apatah lagi menjadi insan yang kecil di rumah Allah. - Gempak
PERKONGSIAN penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi siaran langsung media sosialnya di Mekah semalam ternyata membuatkan ramai yang ‘bergenang air mata’.
Semuanya gara-gara luahan Siti yang merindukan suasana di tanah suci itu.
Menurut Siti, sudah lama dia tidak merasa kehidupan seperti orang biasa, apatah lagi menjadi insan yang kecil di rumah Allah.
“Seronok saya dapat kongsi bersama anda semua, pemandangan di Ka'bah, suasana Mekah.
“Ni yang saya rindu sebenarnya, saya jadi orang biasa, dapat duduk macam ni, buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.
“Duduk ramai-ramai macam ni, orang tak kenal saya pun. Masing-masing tengah berdoa yang terbaik, berebut.
“Seronok, ini yang saya rindu-rindu sangat-sangat,” katanya.
Jelasnya, dia bersyukur apabila Allah SWT memakbulkan doanya untuk kembali mengerjakan umrah.
“Alhamdulillah Allah makbulkan, walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan.
“Itu satu rahmat, walaupun berat hati nak tinggalkan anak tapi saya tahu Allah jaga Aafiyah dan Aafwa, jaga anak saya,” katanya.
Perkongsian berkenaan kemudian mencetuskan rasa sebaik netizen apatah lagi melihat kehidupan Siti sebagai orang biasa ‘hilang’ sejak usia remajanya apabila bergelar artis.
“Lepas SPM Siti tak pernah rasa hidup seperti orang biasa. Bebas ke sana ke sini dengan tenang, tanpa diserbu peminat., sebab tu mudah tersentuh menangis..
“Betul...sampai sana walau kau popular..kat sana memang kau dengan Allah je untuk beribadah..walau ditemani kawan.
“Allahuakbar Alhamdulillah, semoga Siti mendapat Mabrullah...rindunyer,” tulis beberapa netizen.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
Sekadar info, Siti Nurhaliza mengambil kesempatan menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan kali ini dengan menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.
Perkara tersebut dikongsikan Siti menerusi beberapa hantaran di entri Instagram miliknya.
Pada kali ini, penyanyi lagu Kau Kekasihku itu berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa.
Di samping itu, Siti sempat meminta kemaafan kepada semua pihak jika dirinya ada melakukan kekhilafan sebelum ini. - Oleh Hanafis Haris
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#Mekah
#Ramadan
#umrah
#Makkah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan