awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
Skuad terjun negara bakal diperkuat dua jurulatih Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nia Ramadhani belanja RM142,000 setahun untuk persekolahan anak

Gempak
Gempak
24/03/2019
14:34 MYT
Nia Ramadhani belanja RM142,000 setahun untuk persekolahan anak
Nia Ramadhani membelanjakan 500 juta rupiah (RM142,000) setahun sebagai biaya persekolahan anaknya, Mikhayla Zalindra Bakrie.
PELAKON sinetron Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadhani membelanjakan 500 juta rupiah (RM142,000) setahun sebagai biaya persekolahan anaknya, Mikhayla Zalindra Bakrie.
Menurut laporan portal Kapan Lagi, Nia mendedahkan perkara terbabit menerusi salah sebuah temu bual di program Ngopi Dara yang disiarkan di stesen televisyen Trans TV.
Pengacara program terbabit, Jessica Iskandar bertanyakan Nia mengenai perihal Mikayla yang gemar merakam video tarian di sebuah aplikasi popular.
"Ya, saya bayar belanja sekolahnya mahal-mahal, setahun 500 juta rupiah. Tapi dia katakan kepada saya, cita-citanya cuma mahu merakamkan video di dalam aplikasi terbabit," seloroh Nia.
Mikhayla bersekolah di British School Jakarta dan menerusi pemerhatian di internet, perbelanjaan untuk memasuki sekolah terbabit boleh mencapai sehingga ratusan juta rupiah.
Bayaran masuk untuk ke sekolah tersebut sahaja bermula dari 30 juta rupiah dan itu tidak termasuk dengan perbelanjaan lain.
Topic Berkaitan
#Bawang Putih Bawang Merah
#biaya persekolahan anak
#British School Jakarta
#Jessica Iskandar
#Mikhayla Zalindra Bakrie
#Nia Ramadhani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan