awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'No More Bets' filem berbahasa Cina pertama kaut RM10 juta dalam 4 hari

Gempak
Gempak
17/09/2023
07:00 MYT
'No More Bets' filem berbahasa Cina pertama kaut RM10 juta dalam 4 hari
No More Bets mengisahkan dua individu yang terperangkap dalam skim penipuan dalam talian era digital sehingga mereka dipergunakan dan dipaksa untuk menjalankan aktiviti jenayah siber yang berleluasa. -Gempak
FILEM No More Bets mencipta sejarah apabila menjadi filem berbahasa Cina pertama yang mendapat kutipan RM10 juta hanya dalam tempoh empat hari sejak ditayangkan 7 September lalu.
Menampilkan pelakon handalan seperti Lay Zhang, Gina Jin, Yong Mei dan Eric Wang, film arahan Ao Shen ini juga menjadi filem berbahasa Cina yang paling banyak ditonton serta pantas mencecah kutipan tertinggi.
No More Bets mengisahkan dua individu yang terperangkap dalam skim penipuan dalam talian era digital sehingga mereka dipergunakan dan dipaksa untuk menjalankan aktiviti jenayah siber yang berleluasa.
Malah, hasil penipuan tersebut, seorang mangsa hampir membunuh diri dan menyebabkan polis mula menyiasat dalang di sebalik jenayah siber yang menyebabkan ramai individu kerugian jutaan ringgit.
Diterbitkan oleh Dirty Monkeys, No More Bets diharap mampu memberi iktibar dan manfaat terutama kepada mereka yang terdedah serta mudah ditipu oleh skim jenayah siber.
Malah No More Bets bukan sekadar sebuah filem tetapi satu manifestasi tanggungjawab sosial, mengingatkan penonton untuk terus berwaspada dan menjauhi bahaya penipuan dalam talian.
“Kejayaan filem ini telah mengatasi kutipan pecah panggung sebelum ini dan satu medium sosial yang positif, menggalakkan penonton untuk berani menghadapi cabaran keselamatan siber,” katanya dalam satu kenyataan.
Filem No More Bets diedarkan oleh Megafilms Distribution dan kini berada di pawagam seluruh negara. -Gempak
Topic Berkaitan
#No More Bets
#filem berbahasa Cina
#RM10 juta dalam empat hari
#Lay Zhang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan