awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'No More' cipta sejarah di AIM21, Siti raih trofi ke-12 vokal terbaik

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2014
03:10 MYT
'No More' cipta sejarah di AIM21, Siti raih trofi ke-12 vokal terbaik
'No More' cipta sejarah di AIM21, Siti raih trofi ke-12 vokal terbaik
Lagu 'No More' buat kejutan di malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-21 apabila lagu nyanyian SonaOne itu dipilih pemenang anugerah utama, Lagu Terbaik.
Ini merupakan kali pertama lagu yang menang kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik diangkat sebagai Lagu Terbaik sekaligus mencipta sejarah tersendiri.
Selain Lagu Terbaik, penyanyi hip hop, SonaOne berjaya menggondol dua anugerah lain iaitu ‘Lagu Hip Hop Terbaik’ dan ‘Lagu Inggeris Tempatan Terbaik’.
Di majlis itu juga, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza merangkul tiga anugerah di malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Tiga anugerah tersebut ialah ‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (wanita)’, ‘Rakaman Album Terbaik’ dan ‘Album Terbaik.’
Kemenangan dalam kategori vokal merupakan kemenangan ke-12 penyanyi itu di majlis anugerah tersebut.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang:
Anugerah Sri Wirama AIM21 Datuk Ramli Sarip
Lagu Terbaik AIM21 No More - SonaOne
Album Terbaik Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza (Aubrey Suwito, Mujahid Abdul Wahab, Faizal Tahir, Mike Chan & Dato' Siti Nurhaliza)
Artis Baru Terbaik Poova
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (lelaki) Akim Ahmad - Mewangi
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (wanita) Dato' Siti Nurhaliza - Lebih Indah
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan) Azhael - Hujung Waktu
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu Nora ft Mosyi, Alif ft Putri - Selamanya Bahagia
Kulit Album Terbaik #1 - Stacy (Wan Izhar)
Rakaman Album Terbaik Konsert Lantera Timur Dato' Siti Nurhaliza bersama Orkestra Tradisional Malaysia - Dato' Siti Nurhaliza (Greg Henderson)
Video Muzik Terbaik Falling - Yuna (Yuna & Zul Luey)
Lagu Pop Etnik Terbaik Akar Kita Zapin - Ihab Ismail (ciptaan sepenuhnya Ihab Ismail)
Lagu Nasyid Terbaik Rindu Allah Sayang Allah (R.A.S.A) - Iwan Syahman & Iwan Junior (ciptaan sepenuhnya Iwan Syahman & Iwan Junior)
Lagu Rock Terbaik Rentak Laguku - Bunkface ft Amy Search (komposer: Sam Bunkface / Penulis Lirik: Bunkface)
Lagu Pop Terbaik Sesal Separuh Nyawa - Alyah (komposer: Rizal Tiga & Adil AF / Penulis Lirik: Alyah & Shah Shamsiri)
Lagu Hip Hop Terbaik Apa Khabar - Joe Flizzow ft SonaOne (komposer: Joe Flizzow & SonaOne / Penulis Lirik: Joe Flizzow)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik No More - SonaOne (ciptaan sepenuhnya oleh SonaOne)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara Salahkah - Hafiz Suip & Dato' Rossa
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Mahligai Kayangan - Salamiah Hassan (Aubrey Suwito)
Topic Berkaitan
#AIM21
#Fragmen
#Joe Flizzow
#No More
#Siti Nurhaliza
#SonaOne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan