Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
HIBURAN

Noh Salleh, isteri bakal timang cahaya mata perempuan

Gempak 17/08/2025 | 06:00 MYT
Noh Salleh dan Fatin Athirah Mustapa umum bakal menimang cahaya mata perempuan dalam satu majlis tertutup. -Foto Gempak
PENYANYI Noh Salleh dan isteri, Fatin Athirah Mustapa mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.


Ringkasan AI
  • Noh Salleh dan Fatin Athirah Mustapa umum bakal menimang cahaya mata perempuan menerusi majlis tertutup.
  • Pengumuman dibuat di Instagram dan menerima ucapan tahniah serta doa daripada peminat.
  • Pasangan ini bertunang pada Mei 2023 dan berkahwin pada September 2023 selepas perkahwinan terdahulu Noh dengan Mizz Nina berakhir pada Ogos 2022.


Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram milik Noh pada Sabtu.


Menerusi video yang dikongsikan, difahamkan majlis ‘gender reveal’ itu diadakan secara tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan ucapan tahniah dan berharap semua urusan pelantun lagu Rahsia Tuhan itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah congratulations!"

“Alhamdullilah, congrats u two."

“Alhamdulilah. Tahniah brader."

Congrats noh & athira... semoga baby & mommy sentiasa sihat, dipermudahkan urusan mengandung, bersalin & berpantang, amin amin."

“Tahniah Noh & pasangan..mudahan mujo joros semua nya..Aamiin."

“Kiuuuuttttt! So happy for you both,” komen netizen."

Terdahulu, Noh dan Athira telah melangsungkan pertunangan pada 7 Mei 2023 sebelum disatukan pada 23 September 2023.

Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022. -Gempak




#Noh Salleh #Fatin Athirah Mustapa #cahaya mata perempuan #majlis tertutup