HIBURAN
Noh Salleh, isteri timang cahaya mata perempuan, nama Tara Svara jadi pilihan
Noh Salleh dan isteri bersyukur dikurniakan anak perempuan yang diberi nama Tara Svara.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, berkongsi khabar gembira apabila dia dan isteri, Fatin Athira Mustapa menyambut kelahiran anak perempuan mereka yang diberi nama Tara Svara pada 21 November lalu.
Dalam hantaran penuh syukur di Instagram, Noh menggambarkan kelahiran Tara sebagai sebuah perjalanan sarat ujian yang akhirnya mengajar mereka tentang reda, sabar dan percaya pada perancangan Tuhan.
"Ini memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dahsyat untuk menyedari bahawa hanya Allah Yang Maha Esa menentukan masa yang sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita. Tidak lambat, tidak terlalu cepat, perfect," coretnya.
Penyanyi itu turut memuat naik beberapa foto momen kelahiran, memperlihatkan detik penuh emosi, pelukan keluarga serta wajah bahagia menyambut ahli baharu dalam keluarga kecil mereka.
Menurut Noh, proses kelahiran berjalan lancar dan menjadi antara kenangan paling bermakna dalam hidupnya.
"Isteri saya telah melahirkan anak pertama kami. Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik. Berkat doa restu orang tua, keluarga, sahabat dan anda semua, proses kelahiran sangat lancar dan meriah kerana ditemani pelukan, ciuman dan sorakan," katanya.
Dalam pada itu, Noh turut memohon doa agar keluarga kecilnya sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
"Sebuah fasa baharu untuk kami dan mohon kalian doakan perjalanan sebagai parents ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Doakan aku, Athira dan Tara Svara,” tulisnya.
Ruangan komen di Instagram dipenuhi ucapan tahniah daripada rakan artis, sahabat industri dan para peminat yang tumpang gembira dengan kelahiran puteri sulung mereka.
Ramai turut mendoakan agar Tara membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
Untuk rekod, Noh sebelum ini pernah berkongsi detik sedih kehilangan anak sulung mereka yang diberi nama Julian.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada September 2023.