SELEPAS dua tahun memeriahkan gelanggang industri hiburan tanah air, kumpulan indie, Toko Kilat bakal menjayakan siri konsert jelajah PEMACU API Tour 2019.
Apa yang menariknya, konsert ini juga akan menampilkan pemuzik dan vokalis terkenal, Noh Salleh.
Noh akan tampil dalam sesi akustik yang digarap khas bagi persembahannya di dalam siri jelajah ini.
Menurut vokalis utama Toko Kilat, Edwin Raj, selepas dua tahun muncul dengan album studio mereka akan tampil dengan album perdana yang akan memperkenalkan single terbaharu, Ratu Malam bersama muzik video.
Tambahnya, mereka juga mempunyai visi dan misi untuk muncul dengan ‘most anticipated album tour of the year’ .
"Kini kami dalam misi dan visi untuk muncul dengan ‘most anticipated album tour of the year’ yang diberi judul Pemacu Api Tour 2019 buat para peminat yang sudah lama menantikan album penuh dari Toko Kilat," ujar Edwin mewakili kumpulannya.
Selain Edwin, Toko Kilat turut dianggotai oleh Irfan Iskandar atau dikenali sebagai Cipan (drum) Mohamed Redzuan atau Wan (bass), Noor Azhari atau Toya (gitar) dan Syaiful Taufek atau Paul (keyboard).
Siri konsert Toko Kilat akan menjelajah ke tiga buah negeri terpilih iaitu Pulau Pinang, Johor Bharu dan Kuala Lumpur bermula 17 Ogos ini.
Peminat-peminat kumpulan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai konsert PEMACU Api Tour 2019 di laman web rasmi www.tokokilatband.com.
Bagi Toko Kilat, ikrar mereka ialah siri konsert jelajah ini akan meninggalkan momen tersendiri buat para peminat.
Memandangkan Toko Kilat menggabungkan para pemuzik dari pelbagai kumpulan, maka dedikasi setiap anggota terhadap pementasan ini berada di tahap luar biasa.
“Setiap persembahan akan menyajikan sistem bunyi dan pencahayaan yang spektakular untuk para peminat sama-sama merasai pengalaman Toko Kilat menyiapkan album sulung kami,” ujar Irfan pula.
Pementasan jelajah Toko Kilat bersama Noh Salleh akan bermula di Pulau Pinang pada 17 Ogos ini diikuti Johor Bahru (24 Ogos) dan lokasi terakhir ialah di The Gasket Alley, Petaling Jaya (14 September).
Asyraf Roslan
Wed Jul 17 2019
Toko Kilat dibarisi oleh Edwin Raj (vokal), Irfan Iskandar atau dikenali sebagai Cipan (drum) Mohamed Redzuan atau Wan (bass), Noor Azhari atau Toya (gitar) dan Syaiful Taufek atau Paul (keyboard) - Gambar Toko Kilat
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kata Mick Jagger, lapan anaknya tidak perlukan hartanya yang bernilai AS$500 juta
Penyanyi The Rolling Stones itu memberi bayangan harta kekayaannya akan disumbangkan kepada badan amal.
Coldplay tambah sehari lagi persembahan di Singapura, susulan permintaan tinggi
Disebabkan permintaan yang luar biasa, pertunjukan hari kelima di Stadium Nasional Singapura telah ditambah untuk 30 Januari 2024.
Ruffedge kerap kumpul bersama sebelum konsert Ruffera 'That Moment In Time'
Ruffedge bakal menggegarkan konsert jelajah berskala besar, Ruffera 'That Moment In Time' bermula Jun hingga Ogos depan.
'Teruja tapi belum bersedia' - Shawn Mendes batal konsert jelajah, fokus kesihatan mental
Mendes memaklumkan dia sememangnya teruja untuk kembali ke pentas selepas terhalang susulan pandemik COVID-19, namun realitinya dia masih belum bersedia.
Billie Eilish penyanyi lagu tema Bond paling muda
Billie bakal memulakan konsert jelajah di serata dunia pada Mac yang cukup dinantikan dengan kesemua tiket habis dijual hanya satu jam selepas ia dilancarkan.
#BeforeWeBegininKL: Demi Eric Nam, peminat belanja hampir RM10,000 jelajah Asia
Noradila atau lebih mesra disapa Adila, 31 tahun, berkata beliau sudah berkunjung ke Singapura dan Bangkok sebelum ini.
We Are Here: Monsta X gegar Stadium Malawati sempena konsert jelajah
Walaupun konsert dijadualkan bermula pada 6 petang, namun ada peminat yang hadir di stadium seawal 8 pagi.
Backstreet Boys umum konsert jelajah Asia, Malaysia 'tercicir' dari senarai
Kuala Lumpur tiada dalam senarai konsert jelajah Asia mereka yang akan berlangsung Oktober depan.
Lucunya! Ini reaksi Blackpink selepas 'tonton' trailer Misteri Dilaila
Confirm Jennie yang nangis dulu.
BLACKPINK In Your Area! Ddu-Du Ddu-Du datang Malaysia Feb depan
BLACKPINK in your areaaahhhh! A yeah a yeah, hit you with that ddu-du ddu-du du.