Perdana Menteri telah membentangkan RMK13 hari ini. Dapatkan intipati utama di sini
HIBURAN

Nora Ariffin kekal keputusan untuk bercerai

Gempak 04/06/2025 | 03:40 MYT
Nora yang tiba di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling kira-kira jam 8.50 pagiberkata, dia masih kekal dengan keputusan untuk bercerai.
KES tuntutan perceraian antara penyanyi, Datuk Nora Ariffin dan suami, Dr Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam akan diteruskan dengan proses lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, memaklumkan, dia melantik kakak angkatnya, Rafeah Ariffin sebagai JKP yang akan mewakilinya.

Dalam masa sama, Nora yang tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi itu berkata, dia masih kekal dengan keputusan untuk bercerai.

“Setakat ini tak ada (tarik fail). Saya kekal dengan perancangan asal. Tapi, apapun saya serahkan kepada pihak mahkamah,” katanya ketika ditemui Gempak.

Untuk info, Nora pernah diceraikan suaminya, Dr Rushdi Ramli menerusi sebuah video pada Ogos lalu.

Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi lagu Desa Tercinta ini memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah universiti di ibu negara dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Nora sebelum itu pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. - Gempak



#kes cerai Nora Ariffin #penyanyi Nora #Di Persimpangan Dilema #Dr Rushdi Ramli #Mahkamah Rendah Syariah Petaling