Nora Danish lepas bersalin 'still comel', senyum memanjang - Netizen
Ili Hadri Khalil
Februari 22, 2018 02:21 MYT
Februari 22, 2018 02:21 MYT
Selepas beberapa hari menanti detik kelahiran di hospital, pagi ini pelakon Nora Danish selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Akhirnya para peminat artis popular ini menghela nafas lega dan turut menumpang gembira menyambut kelahiran bayi lelaki ini.
Netizen kini membanjiri laman sosial dengan ucapan tahniah serta bersyukur dengan kelahiran bayi tersebut, tidak ketinggalan juga ada netizen yang memuji kecantikan Nora Danish walaupun selepas bersalin.
Tahniah diucapkan kepada Nora dan Nedim diatas kurniaan bayi lelaki yang dilahirkan pagi ini dan selamat berpantang pada Nora Danish.