awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Norish Karman kesal lambat bertudung

Sinar Harian
Sinar Harian
27/07/2018
03:42 MYT
Norish Karman kesal lambat bertudung
Menurut Norish, sebagai ibu tunggal, dia juga cuba mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama secukupnya. Foto Instagram rischkarman
PELAKON Norish Karman yang kini telah berhijab tampil berkongsi pengalamannya berhijrah dan kekal Istiqamah sekali gus menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya di laman Instagram miliknya.
Menurutnya, dia mula mengenakan tudung pada 23 Februari lalu dan mengakui lambat berhijab meskipun bapanya seorang tegas dalam bab pendidikan agama.
Malah pelakon ini turut berkongsi bagaimana bapanya begitu tegas mendidik mereka adik-beradik dengan ilmu agama.
“Bapa Ustaz Karman lama dah latih kami adik-beradik segala asas malah setinggi-tinggi pendidikan agama. Semua adik-beradik dah berhijab, hanya saya layan duniawi.
“Semua sahabat-sahabat dan anak-anak tahu saya sangat strict bab solat dan agama related. Dari kecil takkan keluar tanpa solat Dhuha dan Yaasin. Malah anak-anak tak boleh tidur sebelum solat sunat dan Al Mulk / Al Waqiah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Norish juga mengakui menyesal kerana tidak bertudung lebih awal sebelum ini dan agak lambat untuk berbuat demikian.
“Hanya hijab yang mempamerkan kejahilan saya. Saya berhijab pada 23 Februari, hadiah untuk bapa yang lama menunggu tanpa sedikit amarah pun.
“Menyesal amat sangat tak berhijab lama dulu. Pada semua anak-anak perempuan, berhijablah demi bapa kita, demi Allah kerana seksaaan terhadap bapa kita dan diri kita sangat perit,” tulisnya lagi.
Iman itu bukan ketika berHijab semua kealiman dan ilmu agama diserap terus melalui tudung..:NO !! Ilmu agama itu sudah semestinya dipupuk ,dididik diterap dari kecil lagi... Alhamdulilaaah Ku dikurniakan seoramg Bapak yggvsgtvkaya dgn Ilmu agama dan pendirian hidup yg sgt mewah dgn panduan Quran ,Ustadz Karman yg telah byk mendidik sgale ilmu agama yg ada pd ku dan adikberadik... Pada usia ,6tahun Bapak dah guna rotan kalo tak solat dan Puasa.. 7tahun dah kena diri atas kerusi utk hafal Muqaddam , Ayatul Qursi,Surah Yusoff , 8tahun dah kena hafal makna Yaasin kemudian perlahan2 hafalkan surah Yaasin setiap hari Khamis kamindimestikan solat berjemaah dan Yaasin beramai2...atau kena hukum
Menurut Norish, sebagai ibu tunggal, dia juga cuba mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama secukupnya. Malah turut menjadikan cara didikan bapanya sebelum ini sebagai panduan.
“Emm.. I think I'm more stern and strict to my children, as a single mum the world constantly eyeing for my mistakes in raising my kids. Almaklum rumah takda father figure.
"Jadi, orang-orang selalunya bertanggapan bahawa anak-anak yang bercerai ibu bapa, pasti mempunyai akhlak yang tidak baik, gagal dalam pelajaran dan banyak lagi tanggapan negatif yang kini saya tangkis dengan segala usaha mendidik anak-anak dengan sepenuh hati dan didikan agama yang saya dahulukan.
“Sampai saya hilang segalanya. Karier, hilang kawan-kawan duniawi, hilang harta dunia hanya kerana saya berkorban demi masa, jiwa raga untuk tumbesaran anak-anak sentiasa dalam pengawasan saya.
“My one & biggest regret ? Lambat berhijab. Something I should have done long ago,” luahnya beserta tanda pagar #hidayahituindah #cintaBapa.
Topic Berkaitan
#agama
#artis
#bapa
#hijab
#hijrah
#ilmu
#Instagram
#Norish Karman
#pendidikan
#tudung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan