KUALA LUMPUR:Penyanyi terkenal, Noryn Aziz selamat diijabkabul dengan Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara, di sini malam tadi.

Juara program Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro itu menikahi usahawan berkenaan dalam suasana norma baharu dan memenuhi prosedur operasi standard (SOP).

Gambar kenangan Noryn Aziz dan suaminya, Shaik Rizal sejurus berakhir majlis akad nikah pada Selasa malam. - Gambar Instagram SHAIK RIZAL

Astro AWANI difahamkan pasangan berkenaan memilih bernikah lebih awal berbanding perancangan awal pada 25 Oktober ini ekoran pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

Wajah ceria pengantin selepas bergekar isteri kepada ahli perniagaan, Shaik Rizal.

Pasangan berkenaan juga pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 1 November ini.

Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa ditunda pada tarikh  baharu sebaik selesai PKPB.