KUALA LUMPUR: Penggiat industri kreatif perlu menghasilkan karya-karya yang bermutu agar timbul rasa hormat masyarakat.
Menurut pengarah Mamat Khalid, dengan rasa hormat itu, ia boleh memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak membeli barangan cetak rompak.
Mengulas lanjut, Mamat menjelaskan selama ini pengiat indutri kreatif kurang dihormati kerana ada antara mereka yang menghasilkan karya yang tidak bermutu.
Jelas beliau, cara itu adalah lebih baik berbanding meunding jari mencari salah orang lain apabila masyarakat tidak menghormati pengkarya dan membeli barangan cetak rompak.
"Apabila dipandang serius, abang harap perkara-pekara yang mereka ambil sambil lewa sekarang ini seperti tidak menghormati karya atau penggiat industri kreatif, mereka akan lebih berfikir.
"Contohnya, bila hasil karya bagus, masyarakat akan hormat dan berfikir kalau aku buat macam ini macam mana dengan budaya aku? Macam mana dengan budaya filem aku?, macam mana dengan lagu-lagu negara?
"Pembikin perlu meletakkkan diri ke aras yang dipecayai dengan cara membuat kerja-kerja kita dipercayai oleh masyarakat, dengan cara itu masyarakat akan rasa hormat dan tidak mahu membeli yang cetak rompak," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: 'Rasuah punca cetak rompak masih berleluasa' - Nasir Jani
BACA: #NoToLanun: Cetak rompak berleluasa kerana industri hiburan tidak dihormati - Afdlin
Selain itu, beliau juga menyarankan agar masyarakat diberi kesedaran tentang salah guna cetak rompak dan kesannya kepada pendapatan negara.
Mamat menjelaskan sekirannya masyarakat tidak diberi kesedaran, kegiatan cetak rompak akan terus berleluasa dan tidak akan ada rasa hormat kepada penggiat kreatif.
"Perlu diberi kesedaran kepada masyarakat tentang cetak rompak ini. Perkara ini kita perlu terus beri kesedaran tentang kesan cetak rompak ini terhadap pendapatan negara.
"Bukan sedikit pendapatan negara terjejas akibat cetak rompak, perkara ini masyarakat perlu sedar. Dan perlu juga sedar kesan kepada penggiat industri kreatif sekiranya menyokong cetak rompak," katanya.
Baru-baru ini, seorang pengarah syarikat didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah memiliki enam kotak media yang mempunyai perisian tidak sah mengikut Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
BACA: Pendidikan dan penguatkuasaan penting untuk hapus cetak rompak - Hatta Azad Khan
BACA: Mekanisme baharu diperlukan untuk lawan cetak rompak - Mahadi J Murat
Irwan Muhammad Zain
Tue Mar 09 2021

Mamat menjelaskan selama ini pengiat indutri kreatif kurang dihormati kerana ada antara mereka yang menghasilkan karya yang tidak bermutu. - Gambar fail

Tindakan mahkamah Indonesia jatuh hukuman mati secara maya dikritik
Penggunaan aplikasi video seperti Zoom, menurut pengkritik, adalah satu penghinaan dan tidak berperikemanusiaan bagi mereka yang berdepan maut di hadapan pasukan penembak.

KPDNHEP akan umum 20 lagi barang kawalan
Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, ia adalah tambahan kepada 12 barangan yang diumumkan pada 21 April lepas.

Tegas tak bertempat - PPIM
Sebagai seorang Islam, mengapa Zuharnan tidak menggunakan pertimbangan sebelum mengeluarkan kompaun dan menasihatkan pegawai masjid itu melakukan apa yang sepatutnya.

Kluster COVID-19 Pendidikan | PDP di sekolah atau PDP di rumah?
Situasi jangkitan COVID-19 di sekolah ketika ini dilihat membimbangkan, dengan semakin banyak sekolah ditutup dan puluhan kluster pendidikan direkodkan. Menjadi kebimbangan buat ibu bapa ketika ini adakah sekolah itu tempat yang selamat buat anak-anak mereka. Bersama kami ketika ini ialah Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock untuk membincangkan apakah langkah seterusnya yang perlu diambil untuk mengelakkan situasi yang lebih buruk.

COVID-19 | Tidak patut guna dana KWAN bagi belanja vaksin
Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan Program Imunisasi Kebangsaan. Menurut Pakar Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid dipetik laporan Sinar Harian memaklumkan, dana berkenaan adalah untuk digunakan oleh generasi akan datang apabila sumber minyak dan gas negara berkurangan.

Ramadan 2021 | Raja Abdullah II bebaskan 16 tahanan
Jordan membebaskan 16 tahanan yang didakwa atas tuduhan konspirasi berkaitan dengan bekas Putera Mahkota. Kesemua tahanan dibebaskan dengan atas perintah Raja Abdullah Kedua sempena bulan suci, Ramadan.

Usaha jadikan SMK Convent Bukit Nanas tapak warisan dapat bantahan - Nancy Shukri
Jabatan itu memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada Mei 2008.

PM mahu KPDNHEP, agensi berkaitan pantau kenaikan harga barang
Kerajaan perlu pastikan aktiviti tidak beretika yang membebankan pengguna dapat dibanteras dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

Pengganggur mengaku tidak bersalah pukul penghantar makanan dengan penukul besi
Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Aslam Hashim, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap pagi tadi.
![[TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas [TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901186/32574879411619151712646_640x360.jpg)
[TERKINI] Barang naik harga, kerajaan ambil tindakan tegas
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati dan gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP). Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak, beliau menjangkakan isu tersebut menjadi lebih kritikal.

Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang kaut RM2 juta dalam 6 hari
Tyson 2 lakonan Jaafar Onn turut menambat hati penonton menerusi dialognya "Mim Alif Kap Nun-Mati" di dalam salah satu babak di dalam filem.

#NoToLanun: Cetak rompak jejas kualiti karya tempatan - Aziz M Osman
Perbuatan cetak rompak akan menjejaskan prestasi sesuatu produksi untuk menghasilkan lebih banyak karya yang berkualiti.

18 Puasa Di Kampong Pisang: 3 hari tayangan raih RM1 juta
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan RM1 juta hanya dalam tempoh tiga hari ia ditayangkan bermula 15 April lalu.

18 Puasa Di Kampong Pisang naskhah komedi terbaharu Mamat Khalid sempena Ramadan
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang bukan sekadar tontonan ringan, sebaliknya, sarat dengan mesej keimanan dan sindiran sosial.

#NoToLanun: Hasilkan karya bermutu untuk dihormati masyarakat dan elak cetak rompak - Mamat Khalid
Menurut pengarah Mamat Khalid, dengan rasa hormat itu, ia boleh memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak membeli barangan cetak rompak.

Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri-siri pula
Mesti ramai tak sabar nak tonton siri Kampung Pisang, kan?

Wow... Manap Karaoke duduki tangga pertama carta Top 5 Astro First!
Selepas dua hari ditayangkan, filem komedi terbaru arahan Mamat Khalid iaitu Manap Karaoke telah menduduki tangga pertama dalam carta Top 5 Astro First.
_1.png)
Selain Manap Karaoke, ini 5 filem hebat arahan Mamat Khalid
Mari kita imbas kembali lima filem terkenal arahan Mamat Khalid.

'Manap Karaoke' filem pertama melangkau pawagam, dibawa terus ke rumah anda
"Manap Karaoke" dibintangi oleh Joey Daud, Mona Allen, Ropie, Imuda dan ramai lagi. Dapatkannya di Astro First, saluran 480 sekarang!

'Sumpah tak sabar nak tengok' - Selebriti teruja tonton Manap Karaoke
Lebih menggembirakan, anda tidak perlu menunggu siang hari esok kerana filem ini sudah boleh didapati bermula jam 12 tengah malam ini.