KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah mengenal pasti individu-individu yang terlibat dengan kerja penyalinan karya secara haram serta dalang di sebalik aktiviti cetak rompak.
Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, aktiviti membanteras kegiatan lanun cetak rompak itu dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa dan beberapa agensi berkaitan secara lebih agresif.
Hasil siasatan, Ahmad Idham berkata pihaknya telah berjaya mengesan sumber dan lokasi tempat tinggal individu yang terbabit termasuk aktiviti memuat naik dan berkongsi di laman sosial.
Jelas beliau lagi, sekiranya perkara itu semakin berleluasa, pihaknya tidak teragak-agak untuk mendedahkan maklumat penuh berhubung individu serta laman sesawang yang terlibat.
"Nanti apabila saya melancarkan (Program Banteras), saya akan dedahkan (kegiatan tersebut) dan beberapa blog haram.
"Kita tahu (kewujudan) blog-blog haram itu kerana di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) ada Finas, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Kami boleh tahu komputer mana yang memuat turun dan sejauh mana kita boleh pergi secara lebih terperinci.
"Teknologi ini bukan hanya Finas, tetapi kita gabung dengan beberapa agensi lain, kerana itu kita boleh selesai salah satu kes (cetak rompak) di laman e-dagang. Kita juga pernah pergi ke rumah (individu berkenaan) untuk isu Telegram, dan hari ini kita telah bekerjasama dengan YouTube," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Idham yang juga penerbit filem dan pelakon berkata Finas memandang serius kes cetak rompak yang semakin berleluasa termasuk dalam bentuk fizikal dan digital.
Katanya, modus operandi yang digunakan oleh 'perompak' karya seni negara telah beralih kepada kaedah baharu termasuk menggunakan platform e-dagang.
Malah, terdapat golongan muda yang dikesan memuat naik produk cetak rompak bagi tujuan meraih penonton.
"Mereka tidak tahu itu boleh meruntuhkan struktur ekonomi industri kreatif kerana penyaluran ekonomi tidak berlaku dan menyebabkan penggiat-penggiat seni kena gulung tikar dan industri ditutup.
"Inilah betapa seriusnya aktiviti cetak rompak, lebih-lebih lagi anak muda yang ramai bergelumang dalam aktiviti begini. Jadi itu yang kita rasakan bagaimana perkara ini boleh diatasi?," ujar beliau lagi.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Program Banteras secara besar-besaran akan dilancarkan dalam tempoh terdekat.
Selain undang-undang yang lebih ketat melalui Akta FINAS 1981 (Akta 244) di bawah Seksyen 22 (1), Ahmad Idham menambah kesedaran orang ramai amat penting untuk bersama-sama mengatasi kegiatan cetak rompak digital.
Sebelum ini, Finas turut menubuhkan Jawatankuasa Pembanterasan Cetak Rompak dalam usaha memperkasa dan memantapkan penguatkuasaan, peraturan dan syarat lesen pengedaran selaras dengan peruntukan di bawah Akta FINAS 1981 (Akta 244).
Jika sabit kesalahan boleh didenda di bawah Seksyen 25(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih dari RM 50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
** Astro AWANI kini dalam usaha membantu industri seni tanah air membanteras cetak rompak menerusi kempen #NoToLanun. Berikan pandangan anda menggunakan tanda pagar #NoToLanun & #StopPiracyLah jika anda ingin bersama-sama membantu menyelamatkan industri seni tempatan.
Hasimi Muhamad
Sun Mar 14 2021

Ahmad Idham berkata, aktiviti membanteras kegiatan lanun cetak rompak itu dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa dan beberapa agensi berkaitan secara lebih agresif - Gambar BERNAMA

Dewan Negara bahas usul isu LCS petang ini
Dewan Negara akan membahaskan usul berkaitan isu Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) pada persidangan petang ini. Speaker Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ia bersifat tertentu, berkepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan.

AWANI Ringkas: LCS: Bekas Panglima TLDM didakwa pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRU15: UMNO Alor Setar yakin rampas semula dua kerusi DUN
Dua DUN berkenaan adalah Suka Menanti dan Alor Mengkudu yang telah dimenangi PH dalam PRU14.

Dua lelaki rempuh SJR dikejar sejauh 36 kilometer
Suspek turut melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu isyarat menyebabkan kenderaan tersebut berpusing satu kali.

Pembinaan litar kurang dapat sambutan orang muda sebelum ini
Mengenai cadangan pembinaan litar, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin berkata mengikut maklumat beberapa negeri sebelum ini, ia kurang mendapat sambutan orang muda dan belia.

Mat rempit: Kenakan tindakan terhadap penonton akan dibawa ke Parlimen
Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin berkata cadangan kenakan tindakan terhadap penonton lumba haram serta bengkel aksesori motosikal berkemungkinan akan dibawa ke Parlimen pada Oktober ini.

JHEAINPP buat siasatan menyeluruh terhadap kedai nasi ayam
Jurucakap JHEAINPP berkata, pihaknya akan membuat semakan terperinci pada Selasa berhubung dakwaan tersebut.

Tanggal papan tanda, cari alternatif lain promosi sejarah 'Battle of Kampar'
Tanggal papan tanda: Akur dengan keputusan, cari alternatif lain promosi sejarah Battle of Kampar

PRU15: UMNO bertegas mahukan kerusi Parlimen Alor Setar daripada MCA
Prestasi yang ditunjukkan MCA yang tumpas dalam beberapa siri PRU sebelum ini juga wajar diberikan pertimbangan.

Kenapa masih kena guna pas masuk Sabah dan Sarawak - Razali
Senator Razali Idris tanya sama ada kerajaan berhasrat untuk menghapuskan pas bagi memudahkan rakyat Semenanjung masuk ke Sabah dan Sarawak

Isu iPay88: K-KOMM ambil tindakan serta-merta
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mengambil tindakan serta-merta berhubung insiden pencerobohan data penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC

MCMC: Waspada SMS penipuan guna 'GOV'
Orang ramai diminta berwaspada jika menerima SMS daripada ID penghantar 'GOV' menggunakan nama organisasi MySejahtera.

66 menara telekomunikasi baharu di Terengganu
Dua syarikat telah dilantik oleh kerajaan Pusat untuk membina semua menara telekomunikasi tersebut di negeri ini.

1,000 sekolah terpilih dapat bekalan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini - Annuar
Sebanyak 1,000 sekolah terpilih di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar akan dibekalkan dengan kemudahan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini.

Penggabungan Celcom-Digi buka pengalaman lebih baik kepada pengguna
Pengumuman penggabungan Celcom Digi Bhd sudah pasti akan meningkatkan dan membuka jalan kepada pengalaman selular lebih baik kepada pengguna akhir, kata seorang ahli akademik.

Fasa 1 JENDELA dijangka libatkan kos RM28 bilion - MCMC
Enam puluh peratus daripada jumlah kos itu dibiayai pihak komersial manakala selebihnya adalah dari pihak kerajaan.

Polis buru dalang bekal data peribadi kepada sindiket penipuan
Polis Perlis sedang giat mengesan dalang utama yang dipercayai membekalkan ribuan data peribadi kepada sindiket penipuan pendaftaran kad SIM prabayar secara tidak sah.

MCMC lulus penggabungan Celcom, Digi
MCMC memaklumkan, penggabungan tersebut akan menjadikannya sebagai pengendali perkhidmatan mudah alih terbesar di Malaysia.

MCMC rakam keterangan bekas senator berhubung video TikTok mengenai subsidi
Pegawai MCMC mengambil keterangan Siti Aishah Shaik Ismail, 39, kira-kira pukul 1.45 tengah hari tadi.