HIBURAN
Nubhan fail tuntutan hadanah tiga anak
Penyanyi itu memfailkan hak penjagaan anak kekal dan interim ke atas tiga cahaya mata mereka.
ISU perceraian penyanyi, Nubhan dan isteri, Dr Afifah Hidayah terus menjadi perhatian ramai.
Dalam perkembangan terbaharu, penyanyi itu memfailkan hak penjagaan anak kekal dan interim ke atas tiga cahaya mata mereka.
Sementara itu, satu hantaran Dr Afifah di media sosial Instagram dan Threads turut mengundang tumpuan warganet apabila meluahkan rasa hati yang menyentuh jiwa.
"Biar jalan berbeza, tapi doa kami tetap sama. Moga anak-anak membesar dalam kasih, tenang dalam rahmat, dan kuat dalam iman.
"Aku membesarkan mereka dengan kasih. Menyayangi dengan sabar, mendoakan dengan penuh impian dan harapan.
"Setiap langkah yang diambil, setiap keputusan yang dibuat semuanya kerana mereka," kongsinya.
Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata memberikan sokongan dan semangat buat doktor gigi itu.
"Hati manusia Allah yang pegang Dr Fie. Doa jangan putus, insya-Allah, Dia akan akan bersamamu."
"Dr Fie, we love you. We make doa for you. Semoga anak-anak terdidik dengan adab, akhlak dan cintakan ilmu seperti ibunya. Allahumma aameen."
"Dr Fie, semoga segala urusan dipermudahkan. Sending love and hugs! Allah pasti tahu jalan yang terbaik. Kuat Dr Fie.
Terdahulu, Nubhan memfailkan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap tiga anaknya iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada September lalu.
Menurut peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Redzuan Ramli, Nubhan memfailkan dua tuntutan iaitu hadanah kekal dan interim.
“Hari ini, selesai sebutan pertama tuntutan hadanah saya dengan pihak peguam mewakili Dr Afifah bersama pihak pendaftar bagi mendapatkan satu tarikh lagi untuk kedua pihak berbincang serta cuba selesaikan secara baik.
“Nubhan hari ini tak dapat hadir sebab ada urusan kerja dan dia okey untuk selesaikan secara baik dengan pihak defendan.
“Insya-Allah pada masa akan datang kita harapkan ada persetujuan antara dua belah pihak. Sama-sama doakan agar segala urusan dipermudahkan selain meraikan semangat untuk sebarang perbincangan,” katanya memetik Kosmo! Online.
Ujar Mohd Redzuan, terdapat komunikasi antara pihak plaintif dan defendan mengenai urusan penjagaan anak dan tiada sebarang masalah timbul antara mereka. - Sinar Harian