Pengarah filem, Oliver Stone akan menggarap sebuah filem mengenai kontraktor perisikan Amerika Syarikat, Edward Snowden yang hidup dalam pelarian berdasarkan sebuah buku yang ditulis oleh seorang wartawan Britain.
Luke Harding, penulis buku "The Snowden Files: The Inside Story Of The World's Most Wanted Man", mengumumkan melalui Twitter pembikin filem Amerika itu telah membeli hak untuk memfilemkan bukunya itu.
Harding yang menulis untuk akhbar The Guardian berkata Stone akan menulis dan mengarah filem berkenaan bersama penerbit filem Moritz Borman.
"Saya teruja dan gembira," kata wartawan itu.
Stone yang sebelum ini mengarahkan filem seperti "Wall Street", "JFK", dan "Nixon" berkata, beliau tidak sabar hendak mengerjakan filem itu.
"Ini satu daripada cerita yang paling hebat pada zaman ini. Satu cabaran besar," katanya.
Menurut The Guardian, Stone sudah mula menulis lakonlayar filem itu manakala Borman sedang berusaha untuk memastikan penggambarannya dapat dimulakan sebelum akhir tahun ini.
Harding dan beberapa wartawan The Guardian yang lain dijangka akan dilibatkan sebagai perunding produksi dan jalan cerita.
"Kisah Edward Snowden ini sangat luar biasa. Pendedahan beliau menukar pemahaman dan hubungan kita dengan kerajaan dan teknologi," kata Alan Rusbridger, ketua pengarang The Guardian.
"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Oliver Stone dan Moritz Borman bagi filem ini."
Snowden dikehendaki oleh pihak berkuasa Amerika kerana membocorkan maklumat rahsia perisikan negara itu. Beliau sekarang bersembunyi di Rusia. Pasport Amerikanya telah ditarik balik.
Snowden berharap akan mendapat pengampunan dan dapat pulang semula ke Amerika pada suatu hari nanti.
Bagaimanapun beliau mempertahankan pendirian bahawa apa yang dilakukannya itu adalah satu tindakan patriotik yang mendedahkan pencabulan Perlembagaan.
Washington bersedia memberi kebenaran kepada Snowden untuk pulang tetapi beliau harus berdepan tindakan mahkamah kerana membocorkan rahsia sulit yang sensitif yang didakwa membantu musuh negara.
Filem ini bukanlah satu-satunya yang dibuat berdasarkan buku mengenai Snowden. Sony Pictures Entertainment bulan lalu mengumumkan ia mendapat hak ke atas buku tulisan Glenn Greenwald, wartawan yang mengetuai kumpulan wartawan yang membuat liputan The Guardian.
Penerbit siri filem James Bond, Michael Wilson dan Barbara Broccoli akan membuat adaptasi buku "No Place to Hide" yang disifatkan sebagai "sebuah filem politik yang dekat dengan penggemar filem hari ini". -- AFP
AFP
Tue Jun 03 2014

SNOWDEN: Hidup dalam pelarian setelah membocorkan maklumat rahsia perisikan AS.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Puteri Sarah berlakon drama poligami, netizen sifatkan seakan kehidupan sebenar
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

BNM dijangka naikkan OPR pada Julai susulan langkah terbaharu Fed - Pakar Ekonomi
Mereka berpendapat BNM akan mengekalkan OPR pada 2.75% pada mesyuarat awal Mei, sebelum kenaikan 25 bps pada separuh kedua tahun itu.

Data kekal selamat, jamin lindungi pengguna - CEO TikTok
Malah, Shou Zi Chew turut menafikan dakwaan bahawa aplikasi TikTok berisiko kepada keselamatan negara.

AS perlu kukuhkan kedudukan di rantau Indo-Pasifik - Blinken
AS mungkin tidak dapat menandingi China tetapi akan cuba meningkatkan penglibatan di rantau itu.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4160/4200 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4530/4580 pada Rabu.

Bursa Malaysia dibuka rendah, prestasi Wall Street turut lemah
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI susut 3.73 mata kepada 1,408.31 daripada penutup Rabu pada paras 1,412.04.

Kadar faedah AS naik lagi, tertinggi sejak 2007
Ini menjadi penanda aras baharu ditetapkan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS dalam beberapa siri kenaikan sejak 16 Mac lalu.

Korea Selatan, AS akan adakan latihan ketenteraan 'terbesar' pada Jun
Latihan itu akan mempamerkan keupayaan ketenteraan dan perpaduan kedua-dua negara di tengah-tengah usaha sama mengukuhkan pertahanan.

CDC AS beri amaran jangkitan kulat Candida auris
Candida auris tahan terhadap pelbagai ubat, mudah merebak di kemudahan penjagaan kesihatan dan boleh menyebabkan jangkitan teruk.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.