awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ombak Rindu': Maya Karin dedah hero asal bukan Aaron Aziz ...

Gempak
Gempak
01/04/2020
06:00 MYT
'Ombak Rindu': Maya Karin dedah hero asal bukan Aaron Aziz ...
Maya berkata, watak Hariz yang dipegang Aaron ketika itu sepatutnya dijayakan oleh pelakon lain yang ketika itu terpaksa menolak. - Foto Astro GEMPAK
AKTRES Maya Karin mendedahkan bahawa aktor Datuk Aaron Aziz bukanlah hero asal sewaktu pembikinan filem Ombak Rindu yang diterbitkan pada 2011.
Sebaliknya, Maya, 41 tahun, berkata, watak Hariz yang dipegang Aaron ketika itu sepatutnya dijayakan oleh pelakon lain yang ketika itu terpaksa menolak.
"Small back story, hero sepatutnya pelakon lain, kemudian cancel sebab clash jadual.
"Tiba-tiba @aarondwiaziz datang dua hari sebelum penggambaran. Jadi, itulah cerita di belakang tabir Ombak Rindu," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
View this post on Instagram
This year is the 10th anniversary of penggambaran ’Ombak Rindu’. My OR producer sending me this old picture last night to say “hi” from India! Awal2 saya sendiri ragu ragu terima watak Izzah tapi dia percaya I can do it. Thank you Sharad for the confidence and opportunity!! ❤️ Small back story, hero sepatutnye pelakon lain, then cancel sebab clash jadual, tiba2 @aarondwiaziz came in 2 days before shoot. So that’s the story of belakang tabir ‘Ombak Rindu’... . #movies #ombakrindu
A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on
Mar 31, 2020 at 5:16am PDT
Pendedahan Maya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata mahu mengetahui gerangan hero asal yang sepatutnya bergandingan dengannya ketika itu.
Bagaimanapun, kata Maya, biarlah hal itu terus menjadi rahsia.
"Biarlah ia menjadi misteri," katanya yang menjawab soalan netizen di ruangan komen.
Maya berkongsi hal tersebut selepas berkongsi kenangan sedekad selepas dia menjalani penggambaran filem tersebut.
"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 penggambaran Ombak Rindu. Penerbit Ombak Rindu hantar gambar lama ini malam tadi dan say 'hi' dari India!
"Awal-awal saya sendiri ragu-ragu terima watak Izzah tapi dia percaya saya boleh lakukan. Terima kasih Sharad kerana yakin dan beri peluang kepada saya," tulisnya yang berkongsi gambarnya bersama Sharad Sharan.
Ombak Rindu merupakan filem pecah panggung arahan Osman Ali yang mencetuskan fenomenanya tersendiri.
Selain Ombak Rindu, jangan lupa saksikan karya lakonan Maya Karin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
#Aaron Aziz
#filem
#filem Malaysia
#India
#Instagram
#Maya Karin
#Ombak Rindu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan