'One Direction hanya berehat, bukan berpecah' - Louis Tomlinson

Madiha Abdullah
Ogos 25, 2015 04:56 MYT
Keputusan untuk berehat itu dibuat bersama oleh anggota kumpulan itu.
Mungkin ketika ini, berita 'perpecahan' kumpulan One Direction (1D) bukanlah lagi satu perkara baharu. Namun bagi peminat boyband dari United Kingdom (UK) ini, jangan risau kerana hakikatnya ia tidaklah seburuk yang disangka.
Louis Tomlinson, salah seorang anggota 1D mengesahkan 'perpecahan' yang dimaksudkan hanya bersifat sementara. Ini kerana, mereka hanya akan berehat daripada mengeluarkan album sebagai satu kumpulan untuk seketika sahaja.

Your support is truly indescribable! It's just a break :) we're not going anywhere !!

— Louis Tomlinson (@Louis_Tomlinson) August 24, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang lagi anggota 1D, Niall Horan pula berjanji dengan peminat sebaik sahaja semua anggota kumpulan itu sudah bersedia, mereka akan kembali bergabung.

Don't worry though, we still have lots we want to achieve ! Can't wait for you to hear all the new music we have for you and to perform

— Niall Horan (@NiallOfficial) August 24, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa portal media antarabangsa menyebut keputusan untuk berehat itu dibuat bersama oleh anggota kumpulan itu.
Konsert terakhir 1D akan berlangsung pada 31 Oktober ini di Sheffield, UK.
Ahad lalu, 1D mengumumkan mereka akan mula fokus pada projek solo bermula tahun hadapan, sekaligus tidak akan membuat sesi konsert jelajah untuk album kelima mereka yang dijangka akan diterbitkan sebelum Krismas ini.
#boyband #Louis Tomlinson #Niall Horan #One Direction