One Direction pertaruh nasib dengan single terbaru, 'Infinity'

Kohilah Sekaran
November 28, 2015 05:56 MYT
Kumpulan band Pop, One Direction mengumumkan bahawa 'Infinity' akan menjadi single ketiga bagi album terbarunya. - Gambar Fail
Kumpulan pop Hollywood, One Direction mengumumkan bahawa 'Infinity' akan menjadi single ketiga bagi album terbaharunya.
Perkara ini telah diumumkan Liam Payne di laman Twitternya, Jumaat.
Menurut Liam, lagu ‘Infinity’ itu akan menjadi single ketiga album kelima kumpulan itu, Made in the A.M yang dilancarkan di pasaran pada 13 November lalu.

Infinity is the next single off #MadeInTheAM!

— Liam (@Real_Liam_Payne) November 26, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lagu ini pada asalnya dikeluarkan sebagai promosi 'single' sebelum pelancaran rasmi album itu.
Memetik laporan portal Entertainment Weekly, 'Infinity' digubah oleh Jamie Scott, John Ryan dan Julian Bunetta .
Pertama kali One Direction membuat persembahan ‘Infinity’ ialah dalam program 'BBC Live Lounge' secara langsung pada awal bulan November.
Album pertama tanpa bekas ahli kumpulan Zayn Malik ini menandakan kejayaan yang besar dengan pelancaran single pertama ‘Drag Me Down’ yang dikeluarkan pada 31 July lalu.
‘Perfect’ pula dilancarkan pada16 Oktober lalu sebagai single kedua album tersebut.
#Ketiga #Made in the A.M #One Direction #Single