[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Oprah kesal lancar saluran televisyen sendiri

Astro Awani 28/01/2013 | 22:35 MYT
Untuk empat tahun berturut- turut, personaliti terkemuka dunia Oprah Winfrey mendahului senarai selebriti berpendapatan tertinggi oleh majalah Forbes. Namun di sebalik pencapaian itu, Winfrey akui kesal dengan satu keputusan yang dilakukan dalam kerjayanya.
Di antara Mei 2011 hingga Mei 2012, Winfrey memperoleh 165 juta dolar.
Bersara dari mengendalikan program bual bicara paling berpengaruh sejak dua tahun lalu, Winfrey bekerja keras untuk saluran tv kabel jenamanya.
Namun, Oprah Winfrey Network ataupun “OWN” kurang menarik perhatian penonton sehingga mendorong Winfrey merombak pihak pengurusan.
Malah, "The Rosie Show" yang bersiaran di saluran itu tidak disambung untuk musim kedua selepas bersiaran selama 94 episod.
Ketika ditemubual Gayle King, Winfrey menyatakan "OWN" merupakan kesilapan besar dalam hidupnya.
Sementara itu, mengekori rapat di tangga kedua dalam senarai Forbes ialah penerbit dan pengarah filem, Michael Bay.
Kejayaan "Transformers: Dark of the Moon" antara faktor penyumbang pendapatan Bay yang bernilai 160 juta dolar.
#Forbes #Michael Bay #Oprah Winfrey #own