KUALA LUMPUR:Pelakon veteran, Fauziah Nawi meluahkan kelegaan selepas dapat berkongsi masalah dan keperitan dihadapi serta keadaan sebenar diharungi anak seni kepada pegawai-pegawai Istana Negara pada Rabu.
Menerusi perkongsian di Facebook beliau, Fauziah turut menjunjung kasih atas keprihatinan dan kepekaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap keluhan penggiat seni yang terkesan akibat COVID-19.
Menurut seniwati itu, beliau dan beberapa rakan seperjuangan bertemu pegawai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pagi Rabu selepas mendapat titah perkenan baginda.
“Patik-patik semua juga telah memberi beberapa pandangan dan cadangan supaya anak-anak seni, tanpa mengira cabang seni yang kami ceburi.
“Khususnya supaya diberi kelonggaran dengan ketetapan SOP untuk bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup kami dan keluarga-keluarga kami.
“Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji. Sejak penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan PKP, anak-anak seni tidak terkecuali dari tekanan ekonomi,” tulis Fauziah dalam status terbaharu di laman Facebook peribadinya, pada Rabu.
Dalam status tersebut, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak berwajib dan semua persatuan dalam industri seni atas usaha baik dalam menangani masalah yang dihadapi.
“Semoga luahan dan perkongsian patik-patik semua ini mendapat perhatian Seri Paduka Baginda yang amat prihatin terhadap nasib dan keperitan hidup rakyat yang amat terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
“Patik-patik semua mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan serta berada di bawah riayah dan perlindungan Allah SWT serta kekal memerintah negara dan menaungi rakyat dengan adil dan saksama,” ujar pelakon ternama itu lagi.
Ridauddin Daud
Wed Feb 10 2021
Fauziah dan beberapa rakan seperjuangan bertemu pegawai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada pagi Rabu selepas mendapat titah perkenan baginda. - Gambar Facebook Fauziah Nawi
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.