[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

'Orang nak kau, tapi tak nak aku' - Ajak ada masalah dengan Shahrol Shiro?

Gempak 26/09/2018 | 05:19 MYT
Ajak mengakui jarang mendapat tawaran bersama dengan Shahrol sehingga menerima pelbagai andaian daripada orang ramai mengenai kumpulan Shiro.
PENYAMPAI radio dan pelawak Ajak menafikan bahawa dirinya sedang mempunyai masalah dengan seorang rakannya iaitu Shahrol Shiro.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ajak mengakui jarang mendapat tawaran bersama dengan Shahrol sehingga menerima pelbagai andaian daripada orang ramai mengenai kumpulan Shiro.
"Tak adalah lama mana kami kenal. Tapi lamalah juga. Cuma yang aku tak faham, kita ni jarang benar dapat job sama.
"Orang nak kau tapi tak nak aku, macam tu jugaklah sebaliknya. Sampai keluarlah cerita aku dengan kau bergaduh. Sampai hari ni aku tertanya, ada ke? Gaduh-gaduh manja tu biasalah.

Xdelah lama mana kami kenal..Tapi lamalah jugak

#Ajak #Gaduh-gaduh manja #pelawak #Shahrol Shiro #Shiro