PENYANYI Shahir AF mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya pada 2 September 2022, Jumaat ini, di Subang Jaya, Selangor.
Masih merahsiakan gerangan tunangnya, Shahir AF atau nama lengkapnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, berkata dia bakal mendedahkan identiti bakal isterinya pada majlis pernikahan mereka nanti.
“Nak ke fasa baharu ini sudah tentu tanggungjawab pun lebih besar kerana ia satu fasa perubahan dalam hidup…sudah tentu saya berdebar.
“Mengenai siapa bakal isteri saya biarlah tunggu majlis nikah nanti. Dia orang biasa yang berlainan bidang dengan saya dan baru berumur 30 tahun.
“Dia berasal dari Tawau, Sabah dan kami juga bertunang di sana. Namun dia menetap di sini,” katanya kepada Astro Gempak.
Shahir berkongsi mengenai persiapan akhir sebelum bergelar suami pada Jumaat ini ketika dihubungi oleh Gempak.
Berkongsi mengenai detik perkenalan mereka, Shahir memberitahu mereka hanya mengambil masa yang singkat sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
“Kami mula berkenalan pada Mei baru-baru ini iaitu selepas Aidilfitri. Tak sangka perkenalan kami dipermudahkan kerana masing-masing sedang mencari pasangan hidup.
“Kami tidak mengambil masa yang lama mungkin juga kerana faktor usia. Di awal perkenalan lagi dia sudah mengajak saya mengambil kursus kahwin untuk melihat betapa saya serius dengan hubungan kami,” katanya lagi.
Ditanya adakah mereka tidak tergesa-gesa kerana hanya berkenalan empat bulan sahaja sebelum diijabkabulkan, Shahir ada alasan tersendiri.
“Pada saya usia perkenalan itu tidak menentukan sejauh mana kita mengenali pasangan kita. Ada yang bercinta bertahun-tahun pun bila berkahwin masih lagi ada perkara yang mereka baru tahu dan perlu fahami.
“Macam kami, memang usia perkenalan itu singkat tapi bila kami membuat keputusan untuk berkahwin…Alhamdulilah jadi urusan itu berjalan lancar dan mungkin ini jodoh yang ditentukan Allah,” kongsinya lagi.
Shahir dan bakal isteri melangsungkan pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman tunangnya di Tawau, Sabah.
Shahir bakal melancarkan single terbaharu iaitu lagu ciptaan dia sepenuhnya buat bakal isteri yang akan dinyanyikan di hari persandingan mereka pada 3 September, Sabtu ini. -- Gempak
Gempak
Tue Aug 30 2022

Shahir dan bakal isteri melangsungkan pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman tunangnya di Tawau, Sabah. -- Gempak

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

'Orang Tawau', Shahir AF hanya dedah cinta hati pada akad nikah Jumaat ini
Penyanyi Shahir AF mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya pada 2 September 2022, Jumaat ini, di Subang Jaya, Selangor.