#Oscars2017: Akauntan sibuk tweet dipercayai punca kesilapan umum pemenang

Kohilah Sekaran
Februari 28, 2017 05:01 MYT
Seorang akauntan dari PricewaterhouseCoopers, Brian Cullian yang bertanggungjawab dalam menyerahkan kad pemenang kepada penyampai during Anugerah Oscars kini berhadapan dengan dakwaan kecuaian.
SEORANG akauntan dari PricewaterhouseCoopers, Brian Cullinan yang bertanggungjawab dalam menyerahkan sampul kad pemenang kepada penyampai during Anugerah Oscars kini berhadapan dengan persoalan mengenai punca kesilapan tersebut.
Acara kemuncak Aungerah Akademi yang ke-89 semalam berakhir dengan kekecohan apabila penyampai Warren Beatty silap umum nama pemenang bagi kategori filem terbaik.
Anugerah bagi kategori terakhir itu sepatutnya menjadi milik filem Moonlight dan bukannya La La Land.
Menurut media antarabangsa, Pengerusi PricewaterhouseCooper Amerika Syarikat, Tim Ryan memohon maaf kepada Motion Picture Academy dan pihak-pihak yang terjejas serta mengaku ia adalah kesilapan Cullinan dalam satu kenyataan hari ini.
"Kita (manusia) melakukan kesilapan.
"Kami telah membuat kesilapan. Apa yang berlaku adalah, rakan kami di sebelah kiri pentas, Brian Cullinan, menyerahkan sampul kad pemenang yang salah kepada Warren Beatty. Sejurus selepas kami sedar kesilapan itu, kami tampil dan memperbetulkannya," kata Ryan.
Menurut Ryan, Cullinan tersilap ambil kad pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik dari sampul salinan.

pic.twitter.com/uNGSbhgKFt

— PwC LLP (@PwC_LLP) February 28, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut wartawan Vocativ Ryan Beckler, Cullinan memuat naik tweet gambar Emma Stone enam minit sebelum kejadian itu berlaku.
Tweet itu bagaimanapun telah dipadam dari akaun Cullinan, namun Beckler sempat merakam tweet tersebut dan berkongsi di akaunnya.
Susulan itu, ada pihak mendakwa kecuaian Cullinan merupakan punca utama kesilapan ini.
Menurut mereka, Cullinan yang terlalu sibuk dengan media sosial berkemungkinan hilang tumpuan sehingga menyebabkan kekeliruan sebegitu berlaku.
#anugerah #Brian Cullian #La La Land #Moonlight #Oscars 2017