Ozlynn kongsi foto 'baby bump' dari Jepun!

Gempak
Januari 3, 2018 08:46 MYT
Ozlynn yang kini sedang bercuti di Jepun bersama keluarganya itu memuat naik foto tersebut menerusi akaun Instagram (IG) hari ini. - Sumber foto Instagram
Buat pertama kalinya, pelakon Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan, berkongsi foto ‘baby bump’ khas buat peminatnya.
Ozlynn yang kini sedang bercuti di Jepun bersama keluarganya itu memuat naik foto tersebut menerusi akaun Instagram (IG) hari ini.
Foto tersebut merakamkan wajah gembira Ozlynn yang sedang ketawa melihat gelagat lucu suaminya.
“#jozheart di mana-mana @thejozheart @thejozheartsg rindu korang. Walaupun tak bawa datang sini tapi nama korang tetap ada. #jozheartInJapan #FamilyHananiaInJapan
“Nahhh mama dan papa belanja korang gambar sikit.. #babygaiaygkeduaselepasbabychantiq @gaiainnerbeautypowderofficial,” tulisnya.
[[BACA: OZLYNN SAHKAN HAMIL ANAK KELIMA]]
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, peminat mula meluahkan rasa teruja sebaik sahaja melihat perutnya itu.
Mereka juga turut mendoakan agar Ozlynn dan bayi di dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.
“Tahniah mama @jozlynnhanania semoga baby dan mama Hanania sihat walafiat dan dipermudahkan urusan bersalin nanti,” - @ainurmardhiyah
“Comelnya baby bum kak @jozlynnhanania, semoga sihat dilindungi Allah amin,” - @ azie_haneem_aziziala
“OMG! Dh nampak ‘baby bump’ comel kak @jozlynnhanania. Semoga segala urusan akak dipermudahkan. Amin. Yeaaay. Chanteq nak jadi kakak da lepas ni,” - @cik_fatimah92
Foto: Instagram @jozlynnhanania
#baby bump #bayi #era #FamilyHananiaInJapan #foto #Instagram #Jepun #johan #media sosial #Ozlynn