Pak Pie selamat dikebumikan

Astro Awani
Ogos 12, 2016 11:49 MYT
Anggota keluarga, jiran tetangga serta saudara mara mengusung keranda jenazah Allahyarham Shafiee Jaafar, 85 untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Teluk Bahang selepas menunaikan solat Jumaat hari ini. - Foto Bernama
Pelawak dan pelakon veteran Pie atau nama sebenarnya Shaffii Jaafar, 85, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bahang , Pulau Pinang.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas disembahyangkan di Masjid Teluk Bahang selepas solat Jumaat tadi.
Kira kira 250 ahli keluarga , saudara , sahabat, rakan artis dan peminat hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Allahyarham yang amat sinonim dengan filem dan drama berkisarkan kehidupan masyarakat utara menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua di kediaman anaknya di Teluk Bahang, jam 9 malam tadi.
Allahyarham meninggalkan sembilan orang anak dan 25 cucu hasil perkongsian hidup bersama keempat empat isterinya sebelum ini.
Kerjaya seni Pie bermula apabila berhijrah ke Pulau Pinang selepas tamat Sekolah Menengah di Alor Setar, Kedah dengan menyertai pasukan boria.
Jasa beliau dalam bidang seni mendapat pengiktirafan apabila terpilih sebagai tokoh seni budaya negeri Pulau Pinang 2015.
#pak pie #pelawak veteran #pie #Shafiee Jaafar