HIBURAN
Papa Zola The Movie bakal tembusi pasaran global
Papa Zola The Movie ialah filem animasi fiksyen sains komedi keluaran Monsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 11 Disember lalu.
KUALA LUMPUR: Filem animasi terbaru hasil karya Monsta Studios, Papa Zola The Movie, dijangka akan menembusi pasaran global selepas mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai wilayah antarabangsa.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Monsta serta pengarah filem itu, Nizam Abd Razak, permintaan selain daripada rantau Asia Tenggara menunjukkan potensi besar filem keluaran tempatan itu untuk dinikmati penonton seluruh dunia.
“Untuk Papa Zola, kami melihat permintaannya bukan sahaja dari rantau ini. Kami akan memasuki pasaran Indonesia pada 16 Januari ini dan ke Vietnam, insya-Allah pada April.
"Paling menarik, permintaan juga datang dari Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Oman. Mereka merancang untuk menayangkannya, insya-Allah juga pada April, dan untuk itu kami akan menyediakan versi alih bahasa," katanya dalam AWANI Pagi.
Selain Asia Tenggara, filem ini dijadualkan mula ditayangkan di Indonesia pada Januari 2026, diikuti Vietnam dan beberapa negara di Timur Tengah seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Turki sekitar April 2026.
Beliau menjelaskan bahawa watak Papa Zola sebenarnya membawa tema yang bersifat universal, sekali gus memudahkan penerimaan penonton di luar negara tanpa perlu rujukan latar siri sebelumnya.
“Jika dilihat, watak Papa Zola ini sebenarnya sangat bersifat universal, dan itu merupakan satu kejutan buat kami juga. Pada asalnya, kami membangunkan watak Papa Zola sebagai seorang bapa superhero yang sudah bersara, dengan pasaran sasaran Malaysia. Namun apabila kami membawanya ke luar negara, hanya dengan sedikit perubahan pada pakaian, wataknya sudah boleh diterima.
"Apabila kami membentangkan idea filem ini, dengan elemen makhluk asing dan simulasi berkonsepkan permainan, mereka menyatakan bahawa penonton tidak perlu menonton siri atau filem terdahulu untuk memahaminya, dan filem ini boleh terus ditayangkan di negara mereka," ujarnya.
Papa Zola The Movie ialah filem animasi fiksyen sains komedi keluaran Monsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 11 Disember 2025.
Filem ini merupakan karya pertama yang menampilkan watak utama Papa Zola sejak kemunculannya sebelum ini dalam siri animasi popular BoBoiBoy.