awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasangan pelakon Jay Iswazir dan isteri pula bercerai

Sinar Harian
Sinar Harian
03/11/2024
05:00 MYT
Pasangan pelakon Jay Iswazir dan isteri pula bercerai
Jay Iswazir dan isterinya, Azzahra Ahmad disahkan sudah berpisah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
PELAKON, Jay Iswazir dan isterinya, Azzahra Ahmad disahkan sudah berpisah selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Berita mengenai perpisahan itu diumumkan Azzahra menerusi akaun Instagram miliknya pada Sabtu.
Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan punca utama kepada situasi berkenaan dan pengumuman itu dibuat hanya untuk mengelakkan daripada salah faham serta fitnah.
"Bismillahirohmanirrohim... Dengan ini saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Ahmad Iswazir Ismail telah terlerai. Kami telah berpisah.
"Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah saya terpaksa post untuk memberitahu kepada umum dan atas sebab-sebab tertentu juga. Sebab apa kami berpisah rasanya tidak perlu saya umumkan yang tahu saja cukuplah.
"Semoga dalam tempoh masih edah ini, saya harap awak mampu menunaikan tanggungjawab dan tolong 'dont take me for granted' lagi," katanya.
Tambah, Azzahra, dia sudah lama bersabar dengan setiap ujian yang berlaku sepanjang bersama bekas suaminya itu.
Pada masa sama, dia mengucapkan terima kasih atas segalanya sepanjang mereka bersama sebagai suami isteri.
"Maaf atas kekurangan saya... halalkan makan minum saya. Mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua meneruskan hidup masing-masing selepas ini," katanya.
Sebelum ini, Jay Iswazir dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2022. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelakon
#Jay Iswazir
#Azzahra Ahmad
#bercerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan